Jumaat, November 13, 2009

peringatan untuk diriku

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Hayati dan renung-renungkanlah lagu warisan tersebut sebagai pembangkit kekuatan diri memperjuangkan hak amanah nenek moyang kita yang selama ini bermandikan darah untuk mempertahankan Tanah Melayu ini. Di sini bumi dipijak, di sini jugalah langit dijunjung. Pantang Melayu dicabar! Pantang Melayu menyerah sebelum ajal! Kita cuma ada tanah ini sahaja untuk kita dan anak cucu kita. Sanggupkah kita merempat di tanah sendiri? Sanggupkah kita membiarkan mereka menceroboh tanah milik kita ini? Sejengkal pun tanah air dijajah, biar putih tulang, jangan berputih mata. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Betul kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa! Dahulu Pulau Pinang, kemudian Singapura, kelmarin Pulau Batu Puteh. Oh, Pulau Batu Puteh, aku dedikasikan lagu ini buatmu, “Pecah tembelang, peta dah hilang, bangau dah pulang, suara sumbang.” Esok? Peta mana lagi yang hendak dihilangkan? Mana tanah lagi yang hendak digadaikan? Cukup-cukuplah wahai bangsaku. Apa yang nenek moyang kita perturunkan mahal harganya tetapi akhirnya mengalir murah kepada mereka disebabkan oleh tangan kita sendiri. Yang lepas tetap menjadi sejarah. Walau sepahit manapun kebenaran, terpaksa ditelan jua.

Apakah kita mahu sejarah lama berulang kembali? Kedunguan bangsaku apabila sengaja memanggil detik-detik hitam kembali menerpa. Apakah sang Harimau harus terus tunduk kepada sang Singa selamanya? Raja rimba memang bijak berpura-pura dalam mengatur setiap langkah untuk menerkam mangsanya. Apakah sang Harimau sudah dimanjakan menjadi Meow peliharaan sang Singa? Atau seperti kucing Garfield yang pemalas yang hanya sedia disogokkan dengan Whiskas dan Friskies? Sehingga sanggup menggadaikan segala harta benda sendiri yang diamanahkan oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu? Di mana letaknya maruah kita wahai bangsaku..?!

Biarkan sahaja Tuah dengan kepimpinannya, usah dibiarkan Jebat terus meraba-raba kebingungan agar tiada sengketa yang tercipta. Kerana perbalahan dan sengketa di antara kita, mereka mabuk ketawakan kita. Marilah kita bersatu wahai bangsaku. Janganlah termakan fitnah politik kotor Pak Pandir yang hanya gilakan kuasa sehinggakan tertutup pintu hati untuk berdiri pada satu Saf dan menghadap satu Kiblat yang sama. Kita adalah satu! Bukan hijau, bukan merah. Lihatlah, si sepet telah pun menguasai ekonomi, si putar alam pula mengawal undang-undang. Kita ada apa? Kita ada keris tetapi musuh ada pistol.

Janganlah layu wahai bangsaku Melayu. Sesungguhnya tamadun bangsaku dahulu kala sangat tinggi peradabannya dan gagah perkasa. Banyak sejarah bangsaku telah dipadam dari pengetahuan bangsaku sendiri. Beribu-ribu manuskrip lama milik bangsaku yang dikatakan karam di tengah lautan adalah pembohongan semata-mata! Semuanya masih ada tersimpan di luar sana menjadi bahan kajian. Siapa yang tulis sejarah bangsaku? Lalu, dengan mata pena di atas lembaran yang baru, mereka mengubah segala fakta untuk melemahkan bangsaku sehingga ke hari ini! Yang tinggal hanya me-layu.. Perlu diingat, sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Carilah kebenaran.
anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama kita
cinta lenyap di arus zaman
indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutup hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang
kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara!

0 ulasan: