Selasa, November 24, 2009

panggilan Neraka buat si Balqis

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah rintihku kali ini. Tanpa kita sedari, selain daripada masalah penyatuan, sebenarnya banyak lagi masalah pesongan aqidah yang telah dan sedang melanda di Malaysia. Rasa berat juga kepala saya memikirkannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Patutlah sang gunung menolak tawaran Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini dan patutlah juga setiap bayi yang dilahirkan akan menangis. Seandainyalah setiap kelahiran manusia itu dengan keizinan Allah dapat mengikuti rombongan ke Neraka, berkenalan dengan malaikat Malik dan Zabaniah dan melihat dengan mata sendiri azab seksa api Neraka, sudah tentu semua ini tidak akan berlaku. Oh Tuhan, Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Agung.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bermajoritikan masyarakat Islam tetapi sebilangannya hanya Islam di ‘mykad’ sahaja. ‘Mungkin’ hanya tinggal 30% daripadanya sahaja yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Apakah anda termasuk di dalam golongan 30% itu? Seandainya Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk menjemput kembali golongan 30% itu untuk menghadapNya, apakah yang akan terjadi kepada Malaysia? Apakah Malaysia akan ditelan bumi sepertimana yang telah berlaku kepada umat-umat terdahulu? Bersyukurlah kita sebagai umat Nabi Muhammad kekasih Allah, segala balasan ditangguhkan sehingga tibanya hari keadilan yang Maha Kuasa. Wahai golongan 70%, apakah kalian semua rela disumbatkan ke dalam api Neraka yang marak menyala. Mungkin di waktu itu kalian menjerit-jerit, memohon ampun dan tidak mahu dicampakkan ke dalam Neraka tetapi apakandaya, segalanya telah terlambat. Kalian tidak akan diberikan peluang kembali ke dunia lagi untuk beramal ibadat dan bertaubat di atas segala kemungkaran yang telah dilakukan. Hanya yang ada di hadapan mata, cuma azab seksa api Neraka yang menanti yang amat perit dan amat dahsyat. Hari ini, kalian berseronoklah dan bergembiralah sepuas-puasnya, lakukanlah apa sahaja yang kalian mahu, nescaya Neraka sahaja tempat yang layak bagi kalian. Ingatlah, di dunia ini, di hamparan bumi yang terbentang luas ini, bukanlah tempat kita. Kita hanya menyinggah buat seketika sahaja. Di akhirat kelaklah tempat yang kekal abadi. Apakah kalian tidak teringin untuk mencium bau Syurga?

Rintihku kali ini aku utamakan kepada golongan perempuan kerana perempuanlah yang paling ramai akan menghuni Neraka nanti. Bagi golongan lelaki, usah bergembira kerana mungkin anda pun turut ditarik sama oleh golongan perempuan ini menemaninya ke Neraka. Berpesan-pesanlah kepada sesiapa sahaja yang anda kenal terutama sekali ahli keluarga anda sendiri; adik perempuan, kakak dan ibu atau anak dan isteri. Anda bayangkan, jika si anak ditanya oleh Allah nanti, “Kenapa selama di dunia engkau tidak pernah langsung menutup rambut (dan aurat)? Bukankah itu perintahKu?”. Lalu si anak menjawab, “Aku tidak tahu, ibu bapaku tidak pernah memesan apatahlagi mengajarku selama aku dibesarkan oleh mereka”. Lantas, si ibu dan ayah yang pada mulanya terlepas dari seksaan azab api Neraka dan baru sahaja beberapa tapak melangkah masuk dari pintu Syurga, akhirnya dipanggil dan ditarik untuk dibicarakan kerana kegagalan mereka menyempurnakan amanah Allah. Begitulah juga yang akan berlaku kepada setiap ahli keluarga. Marilah kita sama-sama berpesan-pesan dan menegur sesama kita. Semoga kita semua dilindungkan oleh Allah dari terkena bahang api Neraka yang mampu menghanguskan diri walaupun sekadar menjengah di pintu Neraka.

Sebelum ini aku pernah mendengar berita, berpuluh-puluh ribu naskhah bible yang tercetak nama Allah di dalamnya yang dibawa masuk ke Malaysia dari negara jiran telah disita oleh pihak berkuasa. Alhamdulillah.. Semoga saudara-saudaraku tidak terpesong dengan dakyah-dakyah songsang yang dibawa oleh musuh-musuh Islam dari pelbagai penjuru. Berhati-hatilah! Tetapi sayang, sebuah negara bernama Malaysia yang dianugerahkan keamanan dan ketenteraman disalahguna oleh sebilangan besar umat Islam di Malaysia terutamanya bangsaku Melayu. Apakah ada rahsia yang Maha Agung di sebalik keamanan dan ketenteraman ini? Aku lihat di sekelilingku ramai yang tidak bertudung. Si anak kecil yang masih mentah, si remaja yang sedang gilakan keremajaannya, si dewasa yang telah cukup kematangannya dan si ibu yang menanti penutup diari hidupnya. Semuanya seakan biasa sahaja dan tidak mengendahkan langsung perintah Allah ini. Aku seorang peniaga di sebuah pusat membeli-belah di negeri ‘Jauhar’, kadangkala ternampak beberapa buah keluarga yang berjalan di sekitar kedaiku, si ibu memakai tudung tetapi si anak dibiarkan sahaja tidak memakai tudung. Apakah si ibu itu tidak malu melihat anaknya sebegitu? Atau apakah di fikiran mereka menganggap hanya si tua sahaja yang akan menemui ajal? Bila ditegur, mereka menjawab, “Eh, kau dah cukup bagus ke nak nasihat-nasihat orang ni?”. Kadangkala kita alpa dengan arus pemodenan yang dibawa oleh Barat sehingga menjulang tinggi cara hidup mereka. Kita lihat sahaja iklan-iklan di kaca televisyen, betapa kuatnya aktor-aktor ini mempengaruhi umat Islam. Bermula dengan iklan syampu, pewarna rambut dan lain-lain lagi. Begitu sukar untuk melihat seorang aktor atau pelakon yang mengenakan tudung dalam setiap hidangan di kaca-kaca televisyen. Sehinggakan ada yang meniru dek kerana terpesona dengan apa yang diperagakan dan sanggup membazir membelanjakan wang di kedai pendandan rambut serta berbangga dengan mahkotanya yang telah kotor itu. Daripada seorang yang melakukannya, akan turut diikuti oleh yang lain-lainnya. Umpama sebuah rantaian manusia yang akan memasuki Neraka seorang demi seorang.

“Wah, lawala rambut awak. Awak buat kat mana ni?”, “Eh, tengok rambut orang tu, aku pun nak buat macam diala.”, “Sayang, cantik tak rambut ayang ni?”, “Amoi, tolong kalerkan rambut i ni pastu u buatla ikut trend yang paling latest sekali k.”, “Kakak, adik nak rambut adik macam kakak..cantikla..”, dan pelbagai lagi dialog-dialog pemohon asrama tujuh tingkat Neraka Jahannam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa tidak memakai tudung di khalayak bukan muhrim? Dengan ‘selamba’ mereka berkata, “Ala, rileksla bro, awal lagi la. Kitorang nak enjoy-enjoy dulu. Tak kan nak isap rokok, tapi pakai tudung plak kan bro. Lu pikirlah sendiri bro”, “Nantilah... Belum sampai masanya lagi...”, “Belum sampai seru lagila awak..”, “Kalau dah kawen nanti, orang pakaila...”, “Nanti dah tua, boleh pakai pe. Rileks2 sudah...”, “Rimasla pakai tudung ni. Dahla cuaca asyik panas je memanjang.”, “Aduh, gua dah kaler2 rambut, dah setting baek punya, takkan nak pakai tudung plak!”, “Alamak lu ni mat, kakak gua tak kecoh, mak gua pun tak bising, lu ni plak tiba2 nak buat gua bingit apehal?!”, “Ala awak.. kakak dengan mak saya pun tak pakai..”, dan yang lebih celakanya apabila seseorang itu meminta dan menyuruh rakannya membuka tudung, katanya tidak mengikuti perkembangan semasa dan tidak boleh bergaul dengan kumpulannya. Ya Allah, ya Tuhanku... Kau berikanlah sedikit peringatan kepada mereka ini ya Allah.. Dulu, Mulianya bangsa Melayu kerana pegangan agama Islamnya tetapi kini, buruknya agama Islam kerana penganut bangsa Melayunya? Ya, agama Islam nampak buruk kerana penganutnya sendiri yang memburukkannya. Beginikah caranya untuk menyeru bangsa-bangsa lain bertaut hati untuk memeluk agama Islam? Sedangkan kesucian agama Islam telah dikotori dengan najis-najis bangsa Melayu sendiri? Sekiranya mereka berfikiran, “Kalau hendak mengenali agama Islam, lihatlah bangsa Melayu.” Sudah tentu sampai mati pun hati-hati mereka tidak terbuka untuk mempelajari agama Islam. Kaca mata mereka telah ditipu bulat-bulat oleh bangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Wahai perempuan yang tidak bertudung, sedarkah bahawa kalian telah menipu orang lain? Sedarkah kalian telah memesongkan aqidah agama Islam di mata orang lain? Cuba kalian lihat seorang pelakon berbangsa Cina, Louisa Chong Abdullah seorang saudara baru yang juga tidak memakai tudung. Apakah kalian tidak rasa berdosa kerana perlakuan kalianlah menyebabkan Louisa Chong Abdullah seperti itu. Sedikit sebanyak kalian telah mempengaruhinya! Kalian telah memesongkan aqidahnya! Dialog orang Melayu, “Ala, biasalah tu...” Segeralah bertaubat wahai kalian sebelum terlambat. Lagipun bukan senang hendak ke Neraka, sebelum itu kalian akan menerima azab kubur terlebih dahulu sehinggalah tiba Hari Kebangkitan kelak. Kena belasah dengan kawan-kawan pun mengadu dengan emak, ayah, lapor polis, tetapi apabila di kubur nanti, tinggalah kalian yatim piatu dipukul dipalu setiap saat setiap hari. Kalian menjerit sekuat manapun tidak didengari oleh sesiapa kecuali sang ayam dan makhluk Allah lain yang terpilih. Apakah itu yang kalian inginkan selama ini?

Mungkin kerana kalian masih tidak melihat dan merasai lagi azab seksa api Neraka, sebab itu kalian masih tidak mahu bertaubat. Orang kata, kalau berani, jejakkanlah kaki di Tanah Suci yang berpenjaga itu. Sekiranya kalian tetap tidak mahu bertudung, rasakanlah betapa peritnya apabila di Neraka nanti ketika rambut-rambut kalian akan ditarik oleh bara api yang amat dahsyat kepanasannya. Tidak dapat digambarkan betapa pedihnya yang teramat sangat. Kalian hanya mampu menjerit dan memohon ampun. Namun, tiada gunanya lagi pada masa itu. Amat memedihkan lagi tatkala kalian merasakan kulit kepala kalian bagaikan hendak tercabut kerana rambut kalian ditarik sekuat-kuatnya oleh bara api dan kepanasan api neraka itu menyebabkan otak kalian menjadi panas menggelegak! Sedangkan api di dunia pun sudah memeritkan, inikan pula! Kalian tidak diberikan masa langsung untuk berehat. Hanya yang ada ialah hukum, hukum dan hukum! Kalian akan sentiasa dihukum 24jam setiap hari! Kalian tidak akan mati dan rasakanlah seksaan azab api Neraka yang amat pedih sekali! Kemudian kalian akan berasa lapar, kalian akan dihidangkan dengan buah-buahan yang berduri tajam! Tiada isi pada buah itu, hanya yang ada duri-duri sahaja yang sangat tajam. Kalian terpaksa memakannya juga kerana kalian kelaparan. Apabila kalian menelannya, duri-durinya menikam kerongkong kalian! Bila sampai ke perut, duri-durinya akan menikam-nikam perut kalian! Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula cucukkan duri-duri besar ke kerongkong dan perut kalian! Habis sahaja buah-buahan itu, kalian akan diberi makan dengan bara-bara api pula! Apabila kalian masukkan sahaja bara-bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kalian akan rasa seperti terbakar hangus! Setelah itu, kalian akan diberikan minuman yang dibuat daripada nanah! Baunya cukup busuk tetapi kalian terpaksa minum juga kerana kehausan yang amat sangat. Belum cukup lagi seksaan kalian. Akibat daripada suka mendedahkan buah dada ketika di dunia, buah dada kalian akan diikat dan disepit dengan penyepit yang diperbuat daripada bara api. Kemudiannya buah dada kalian akan ditarik ke sana ke sini sehingga putus, lalu jatuh ke dalam api Neraka. Buah dada kalian rentung terbakar, panasnya bukan main lagi. Kalian menjerit, menangis dan meraung kesakitan. Lalu kalian akan memasukkan tangan kalian ke dalam api itu untuk mendapatkan buah dada kalian balik. Wahai kalian, sedarlah! Bertaubatlah! Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa beratnya, azabnya, panasnya api Neraka. Tiada yang seumpamanya di dunia ini! Di kala itu nanti, tiada siapa yang dapat menolong kalian daripada terus dihukum dan diseksa. Apakah ketika itu baru kalian akan tersedar? Apakah ketika itu baru kalian akan mengatakan, “Ya Allah, sungguh benar kata-kataMu ya Allah”? Ingatlah wahai kalian, ketika itu tiada lagi kesempatan untuk menebus dosa dan tiada lagi nyawa yang akan diberikan!

Sedarlah wahai perempuan-perempuan yang telah bersumpah di atas dua Kalimah Syahadah bahawasanya setiap helaian rambut yang sengaja ditayang-tayangkan kepada bukan muhrim adalah berdosa! Seorang yang melihat sehelai rambut kalian, kalian menerima 1 dosa. Kalau 10 orang yang melihatnya, kalian menerima 10 dosa. Kalau sudah beratus-ratus orang? Beribu-ribu orang? Itu baru sehelai! Kalau sudah berhelai-helai?! Itu baru sehari! Kalau sudah berhari-hari?! Cuba kalian kira, betapa banyaknya dosa yang kalian pikul! Itulah yang kalian akan bawa di akhirat kelak. Bertaubatlah segera! Jangan tangguh-tangguh! Jangan nanti-nanti! Mati boleh datang bila-bila masa sahaja daripada sekarang!

Ayuh, sedarkanlah diri sekarang. Berpesan-pesanlah sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara anda. Seorang anak tidak salah menegur seorang ibu. Itu tidak dikatakan sebagai anak derhaka kerana kita menegakkan suruhan Allah. Jika mereka masih lagi ingkar dan ego, anda berdoalah kepada Allah semoga dibukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dan berubah. Jika anda tidak mampu berdakwah dengan lidah atau pena, berdakwalah melalui perwatakan dan pembawakan diri, itulah yang paling senang. Pamerkan diri dan tonjolkan perilaku diri sebagai seorang Muslim dan Muslimah yang sebenar-benarnya. Biar kita berasa asing walaupun berpijak di bumi sendiri kerana Allah sentiasa bersama kita. Biar kita terseksa sekarang kerana menegakkan agama Allah, daripada diseksa malaikat Zabaniah di Neraka Jahannam nanti! Jangan takut dan jangan gentar! Bayangkanlah Syurga idaman. Allah Maha Mengetahui dalam setiap sesuatu dan Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar.

3 ulasan:

muslimah berkata...

thanks a lot...artikel ni sgt menarik..menyedarkan dri sy sebagai seorg muslimah...tp kat cni sy ad satu slan yg sentiasa ad dalam kepala sy...setiap tubuh perempuan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan..begaimana pulak klu seseorg perempuan mendedahkan aurat secara xlagsung..mksd sy mgkin melalui webcam, or gambar xbertudung n ap lak hkum dia kalu non muhrim melihat rambut kita yg gugur..adakah sama cam die melihat rambut kat kepala kita..btw thanks for the sharing..=)

muslimah berkata...

thanks a lot...artikel ni sgt menarik..menyedarkan dri sy sebagai seorg muslimah...tp kat cni sy ad satu slan yg sentiasa ad dalam kepala sy...setiap tubuh perempuan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan..begaimana pulak klu seseorg perempuan mendedahkan aurat secara xlagsung..mksd sy mgkin melalui webcam, or gambar xbertudung n ap lak hkum dia kalu non muhrim melihat rambut kita yg gugur..adakah sama cam die melihat rambut kat kepala kita..btw thanks for the sharing..=)

Muhammad Azam berkata...

terima kasih saudari di atas komen tersebut. semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripadanya.

bagi soalan pertama (webcam/video/gambar): Islam tidak menghalang umatnya daripada menerima sebarang teknologi walaupun ianya datang daripada Barat tetapi mestilah ada batasannya. saudari hanya boleh mempertontonkannya kepada yang bukan muhrim sahaja. jika ianya sebagai koleksi peribadi atau keluarga, ia perlu diasingkan dengan koleksi awam. tidak boleh disebarkan secara meluas seperti di youtube, laman web, blog, laman komuniti sosial atau sebagainya. penggunaan imej kartun seperti muslimah adalah lebih terjamin kebaikannya. lagipun, gambar2 saudari juga boleh di'zoom' dengan lebih dekat sehingga menampakkan jerawat di muka (sebagai contoh), dan ini akan menimbulkan maklumbalas yang kurang enak daripada yang melihatnya selain boleh menimbulkan maksiat sekiranya gambar saudari menayangkan aurat. fitnah juga akan turut timbul apabila gambar2 saudari diambil oleh sesetengah individu lalu meng'edit'nya menggunakan adobe photoshop (sebagai contoh) bertujuan untuk dipaparkan di laman2 maksiat.

bagi soalan kedua (rambut gugur): tidak timbul masalah ini jika saudari sentiasa bertudung di luar rumah kerana rambut yang gugur itu akan melekat pada anak tudung. Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan. jadi, selalulah bersihkan rumah saudari walaupun tiada bukan muhrim yang bertandang ke rumah saudari. bilik saudari pula adalah rahsia saudari. namun, keguguran rambut adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan tidak disengajakan berlaku kerana ia merupakan kitaran normal seseorang manusia serta ia tidak lagi dikaitkan dengan aurat muslimah seperti saudari.

perlu diingat, gambaran dan penafsiran daripada seseorang lelaki atau perempuan adalah berbeza jika mereka melihat saudari. apa yang kita ingin hindarkan ialah kita tidak mahu pandangan mereka disulamkan dengan bisikan nafsu dan syaitan.

saya ingin mengesyorkan saudari melawati forum berkaitan aurat ini di: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=3635&pid=46748#post_46748