Isnin, November 30, 2009

siapa nak duit?

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Duit oh duit...
Siapa nak duit? Muka cantik tapi soalan bodoh yang ditanya.
Hormatlah sedikit kepada golongan yang miskin dan anak-anak yatim. Duit bukanlah barang mainan yang boleh dicanang sewenang-wenangnya. Siapa yang tidak mahukan duit. Semua orang perlukan duit untuk menampung segala perbelanjaan bagi meneruskan hidup ini. Duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Oleh itu, kita perlulah seimbang dalam menguruskan tuntutan kehidupan dan juga tuntutan agama.

Duit oh duit...
90% punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Sememangnya benar sabda Nabi Muhammad itu yang juga seorang peniaga. Tetapi kadangkala kita lupa, yang mana betul dan yang mana salah tatkala duit telah mengaburi mata dan akal fikiran. Sehingga kita terus menerima apa jua peluang yang ada di hadapan mata tanpa berfikir panjang. Fikirlah terlebih dahulu kerana hasil duit yang kita terima itu bukan sahaja akan menjadi darah daging kita, malah adik-beradik kita, anak-anak kita dan ibu ayah kita. Terutamanya kepada para wanita, jika ianya hasil daripada sesuatu yang kotor dan tidak berkat, maka ia juga akan merencatkan kesuburan rahim yang akhirnya akan melahirkan seorang anak yang lebih hebat kotornya daripada si ibu. Agak sukar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak yang sebegini dan seharusnya diberikan banyak perhatian. Tetapi malangnya si ibu masih terus mengejar duit sehingga tanggungjawabnya kepada si anak terabai. Baginya cukuplah dengan hanya memberi makan, minum, pakaian dan sekolah sahaja.

Duit oh duit...
Anda sebagai pengguna laman komuniti sosial, blog mahupun laman web tentu tidak lekang daripada terus menerima, melihat dan membaca pelbagai promosi perniagaan yang dijalankan oleh rakan-rakan anda. Terutamanya kepada mereka yang menjalankan program dan perniagaan MLM. Sudah menjadi lumrah strategi dan taktik pemasaran, mereka akan sentiasa memaparkan cerita-cerita yang indah belaka, kata-kata manis, motivasi pembangkit semangat diri, menayangkan harta atau aset yang dimiliki, menonjolkan individu yang telah berjaya, menjanjikan pulangan yang lumayan dan kerja yang senang sehinggakan ada di antara anda yang terpikat dan khayal seketika. Di dalam kepala hanya ada, “Wah, bestnye... Aku nak kaya. Aku nak jadi jutawan. Aku nak hidup senang.”. Saya juga percaya bahawa mereka akan berjaya dalam bidang yang mereka jalankan kerana mereka telah memperlihatkan keyakinan diri yang tinggi di samping usaha yang gigih untuk mencapai target. Saya pernah juga bekerja sebagai seorang eksekutif jualan dan pemasaran di salah sebuah bank dan kerana itu saya tidak berapa hairan dengan cara mereka menghebahkan program dan perniagaan mereka. Sebenarnya individu yang paling banyak mengaut keuntungan ialah individu yang mencipta sesuatu program dan perniagaan MLM tersebut. Saya jenis individu yang sukakan kebebasan dalam bekerja. Saya juga arif setelah meneliti dan mengenalpasti setiap pelan pemasaran mereka. Bagi saya, ia amat mudah untuk saya menjadi seorang pencipta program dan perniagaan MLM yang baru. Saya boleh meniru bulat-bulat atau menambah baik pelan pemasaran mereka. Saya juga mampu untuk mengupah individu lain untuk membina laman web berkenaan program dan perniagaan MLM saya sendiri. Dengan hebahan yang meluas, berbekalkan platform dan landasan yang telah saya cipta, maka ramailah individu-individu yang akan mengikuti saya. Kalau individu-individu bawahan saya telah berjaya dan memiliki banyak duit, maka saya lebih berjaya dan lebih banyak duit daripada mereka. Wow! Anda ingin belajar daripada saya? Dengan hanya klik pun anda boleh jana pendapatan yang lumayan. Wow! Betul anda tidak mahu belajar daripada saya? Sangat rugi kerana peluang yang terbaik hanya datang sekali sahaja dan sukar untuk dicari. Alamak! Jawapan saya, saya tidak akan sesekali merelakan diri untuk mengajar anda perkara tersebut kerana saya sendiri pun tidak mahu menciptanya. Kenapa?

Duit oh duit...
Kerana mereka silap dan anda juga silap sekiranya mengikuti mereka. Pernahkah anda terfikir, apakah MLM yang mereka jalankan itu menjual produk atau menjual orang atau menjual pangkat? Pernahkah anda melihat mereka menghebahkan produk-produk mereka? Yang dihebahkan hanyalah, duit, duit dan duit. Tidak henti-henti, duit, duit dan duit. Di manakah produknya? Jadi mereka menjual apa sebenarnya? Mereka menjual orang, jawab saya. Mana tidaknya, jika anda masuk di bawah mereka (downline), mereka akan dapat duit. Seterusnya, anda akan mencari mangsa yang baru, maka anda (upline) pula akan dapat duit daripadanya dan begitulah seterusnya transaksi jual beli orang berlaku. Selain itu, ada juga MLM yang menjual pangkat sebagai langkah meringkaskan pelan pemasaran yang telah sedia ada. Jadi, anda tidak perlu lagi menjual produk, anda hanya perlu mencari mangsa baru untuk diletakkan di bawah anda dan lakukan seperti tadi, jual orang sahaja. Ada juga MLM yang lagi senang, hanya klik sahaja anda akan memperoleh pulangannya. Itu pun sama seperti tadi, jual orang sahaja. Memang senang tetapi apakah hasil duit yang anda terima itu diberkati Allah?

Duit oh duit...
Jika anda mengatakan bahawa zaman sekarang sudah moden dan berteknologi tinggi, maka sistem perniagaan seperti inilah yang sesuai dengan zaman yang serba canggih ini. Anda silap. Mungkin anda lupa bahawa pada zaman-zaman terdahulu juga telah mempunyai teknologi yang tinggi sesuai dengan zamannya dan tidak mustahil sistem perniagaan seperti MLM ini pernah wujud ketika itu. Apakah anda tidak terfikir, kenapa Nabi Muhammad berniaga dan menunjukkan cara-cara berniaga yang sebenar dan berlandaskan syari’at agama? Bukankah kehadiran Nabi Muhammad itu pemberi sinar kepada masyarakat Jahiliyyah ketika itu? Bagi saya, tidak salah menceburi bidang MLM ini asalkan anda memilih sebuah syarikat yang kukuh dan menjual produk semata-mata. Produk tersebut mestilah halal, bersih, berkualiti dan mampu memberikan kebaikan kepada para pengguna dengan harga yang bersesuaian. Tidak kiralah samada produk pendidikan, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Dalam setiap perniagaan mesti ada risikonya, samada kecil atau besar dan risiko itulah yang akan mendewasakan serta mematangkan kita untuk menguruskan perniagaan dengan lebih teratur dan bijak. Nasihat saya, janganlah anda terpengaruh dengan kata-kata daripada rakan-rakan anda yang menjalankan program dan perniagaan MLM yang menjual orang dan pangkat. Saya juga percaya, mereka tidak dapat menerima kata-kata saya ini kerana fikiran mereka sentiasa di‘brain wash’ setiap kali diadakan perjumpaan bersama mentor-mentor mereka. Anda pun faham apa tugas seorang mentor bukan? Mereka akan dikagumkan dengan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh individu lain. Mereka hanya akan ditayangkan dengan wang ringgit dan kemewahan sahaja. Tentu sekali mereka akan mengatakan bahawa saya ini cemburu dan kolot. Di dalam fikiran mereka telah tersemat, “Lantaklah, biarlah orang lain nak cakap apa, aku tak kisah pun.”. Tetapi bagi saya, mereka itu sebenarnya bongkak dan angkuh. Sedangkan Lim Goh Tong pun tidak dapat menyumbat Genting Highland ke dalam kuburnya, inikan pula mereka. Suatu ketika dahulu, saya juga pernah mengekori 3 buah kumpulan MLM samada yang menjual produk, orang mahupun pangkat. Setiapkali ada perjumpaan, saya akan turut serta tetapi alhamdulillah, hati saya bagaikan telah ditutup untuk menerima MLM yang menjual orang dan pangkat walaupun setelah beberapa kali di’basuh’ minda saya kerana saya takut dan risau sekiranya saya akan menganiaya orang lain pula. MLM yang menjual produk pun saya tolak kerana tiada keserasian. Bak kata orang bijak pandai, jika kita ingin berjaya, lakukan apa yang kita minat dan sentiasa mengambil tahu apa jua kehendak pelanggan kerana di situ ada peluang. Sebenarnya tidak salah sekiranya kita makan gaji sahaja kerana di situ pun ada disediakan tangga untuk dipanjat. Janganlah termakan pujuk rayu rakan-rakan anda.

Duit oh duit...
Hidup ini tiada jalan pintas untuk kita mara ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Segalanya bermula daripada bawah dan menaiki tangga demi tangga. Jika kita terjatuh, bangkitlah semula. Mungkin itu ujian daripada Allah untuk menilai tahap keimanan kita. Jika anda mempunyai minat untuk berniaga, contohilah cara perniagaan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad. Banyak bentuk perniagaan dan perkhidmatan yang boleh anda ceburi. Hasil daripada peluh dan keringat tulang 4 kerat adalah lebih diberkati. Nabi Muhammad boleh sahaja menjadi seorang yang kaya dan jutawan seandainya baginda mahu. Tetapi baginda mengerti bahawa hidup bersederhana adalah lebih sempurna dan tenang kerana ianya tidak akan mengganggu hati dan jiwanya untuk terus menunaikan amanah Allah. Jika anda bekerja bermajikan (makan gaji), bekerjalah mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika 8 jam masa diberikan untuk anda bekerja, maka 8 jam jugalah anda mesti penuhi dengan bekerja. Jika ada hutang jam bekerja, gantikanlah dengan kerja lebih masa. Semoga bayaran gaji yang anda peroleh akan diberkati Allah. Begitu juga kepada yang menguruskan perniagaan, disiplin diri amatlah penting. Orang kaya tidak semestinya hatinya tenang dan orang miskin tidak semestinya hatinya gundah. Bezakanlah antara keperluan dan kemahuan serta sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Janganlah menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Jangan kufur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua. Bersyukurlah...

Khamis, November 26, 2009

kisah 'Aku', pemuda akhir zaman

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Perjalananku menempuh kedukaan malam.

Sebuah lagu nasyid (Menanti di barzakh) yang membuatkan aku tersentak dari lamunan khayalan dunia yang penuh bersulamkan dusta dan berasa sungguh insaf diri ini tatkala menghayatinya. Hidup itu insyaAllah, mati itu pasti. Semalam aku telah menziarahi seorang sahabat yang baru sahaja kehilangan ibunya yang tersayang. Allahyarhamah telah meninggalkan keluarga dan dunia seluruhnya pada malam Jumaat dan telah dikebumikan pada hari Jumaat juga. Didoakan agar dengan keistimewaan kedudukan Jumaat itu dapat menghindarkan arwah dari seksa azab alam barzakh dan ditempatkan oleh Allah bersama orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Semoga arwah selesa di sana sambil menanti seruan panggilan menuju ke padang Mahsyar.

Alhamdulillah, aku sempat membacakan surah Yasin di hadapan jasadnya yang terbujur kaku di pembaringan dengan hanya dibaluti kain putih, seputih itu jualah diharapkan arwah dapat kembali kepada penciptanya. Sungguh pilu hati ini apabila melihatkan keadaannya. Di ketika itu, aku meninggalkan pentas lakonan dunia buat seketika tetapi dia meninggalkannya buat selama-lamanya. Maha Suci Kasih Allah, pintu taubat masih dan sentiasa terbuka untuk ku tetapi dia? Alangkah rugi dan malangnya diriku kerana sikap ku yang suka bertangguh-tangguh untuk bertaubat sedangkan aku tidak tahu bilakah masanya Izrail akan datang menjemput rohku pergi. Rakan-rakan peneman hilaian tawa riangku sering berkata kepadaku, masih banyak masa lagi tetapi aku tidak pasti apakah ada sedetik masa lagi yang akan Dia kurniakan kepadaku selepas ini? Ya Allah, hinanya aku, jahilnya aku... Satu hari bersamaan 24 jam; 10 jam untuk ku memerah keringat mencari rezeki, 4 jam untuk ku bersantai, 8 jam untuk ku tidur dan hanya 2 jam untuk ku meluangkan masa menghadapMu ya Allah. Di ketika itulah aku berjanji di hadapanMu, mengemis secebis kasih dariMu agar diri ini sentiasa dipimpin olehMu untuk menggapai janji-janjiMu. Tetapi sesudah itu, aku kembali ketawa, lalai dan leka dibuai keseronokkan duniawi. Di sinar pagi aku ingat kepadaMu, apabila petang menjelma, aku lupa kepadaMu. Begitulah silih berganti. Oh Tuhan, seringkali aku mungkiri janjiku terhadapMu, aku mendaki gunung dosaku yang tidak berpuncak, aku meninggalkan suruhanMu tetapi Engkau tidak jemu-jemu menurunkan rahmat dan rezekiMu kepadaku. Oh Tuhan, alpanya aku, butanya aku dengan kasihMu...

Oh, dunia... Dunia telah membuatkan aku lupa akan tanggungjawab ku sebagai hambaMu ya Allah. Dunia telah menodai cintaku terhadapMu ya Allah. Oh, dunia... Aku tidak sesekali akan menyalahkanmu dengan kisah syurga cinta kita berdua yang telah membawaku terbang bersamamu tetapi aku akur, aku telah tersilap langkah. Tiada cinta lain yang hakiki selain menaburkan madah-madah cinta, berkorban darah dan keringat serta kesetiaan kepada penciptaku, Allahu Rabbi. Oh Tuhanku, hanya kepadaMu hati ku berbisik syahdu kerinduan. Oh Tuhanku, semoga rasa kecintaan ku terhadapMu bukan palsu. Oh Tuhanku, aku perlukan pimpinanMu agar aku dapat kembali ke laluan yang Engkau redhai. Hanya untukMu aku hidup dan hanya untukMu aku mati. Oh dunia, kau leraikanlah pelukan eratmu dari tubuhku dan ketahuilah bahawa zuhudku meninggalkanmu hanya kerana Allah. Perniagaan dan hartaku hanya untuk mengisi perjalananku menuju ke tempat yang kekal abadi. Aku sangat impikan haruman bauan SyurgaNya semerbak Firdausi.

Setelah selesai aku membacakan surah Yasin, lantas aku keluar menemui sahabatku itu. Aku bersalaman dengannya dan memeluknya erat. Aku katakan kepadanya agar dia kuatkan semangat dan tabahkan hati kerana janji Allah tidak pernah dimungkiriNya dan bersyukurlah kerana ujian yang ditimpakan itu. Namun, hatiku luluh, aku lemah, aku sebak dan aku pula yang menangis sayu kerana terbayangkan ibu ku di rumah. Sampai masa dan gilirannya nanti, aku pula yang akan berkeadaan seperti sahabatku. Oh ibu ku, ampunkanlah segala dosaku yang telah lalu. Walaupun secangkir cuma, maafkanlah aku kerana syurgaku di bawah telapak kakimu. Oh ibu ku, engkaulah cintaku yang ke dua selepas Allah. Terima kasih wahai ibuku kerana telah melahirkan aku, mengasuhku sejak kecil, membelaiku dengan penuh kasih sayang, memberikan didikan yang cukup untuk ku agar aku kelihatan sempurna walaupun aku tidaklah sesempurna seperti yang engkau inginkan. Jangan tangisi aku yang sebegini kerana bukan salah engkau wahai ibuku. Biarlah aku yang berlalu pergi terlebih dahulu daripadamu kerana aku tidak sanggup melihat nisanmu di bawah pohon Kemboja. Selagi rohku masih setia bersama jasadku, selagi itu engkau tidak akan ku persiakan. Bukan duit yang kau pinta tetapi curahan kasih sayang yang kau mahukan. Akan ku kotakan permintaanmu itu, insyaAllah...

Sekembalinya aku ke rumah, aku terus menuju ke bilik dan melandaikan tubuhku di atas katil dengan kepalaku di pangkuan bantal yang cukup empuk. Sambil mataku melihat suasana luar melalui jendelaku. Aku lihat langit yang terbentang luas, disinari cahaya bulan purnama yang indah dan dihiasi dengan kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa raya. Tiba-tiba mataku terpaku melihat awan yang bergerak dihembus angin dan berlalu pergi meninggalkan langit, bulan dan bintang dan akhirnya hilang dari pandangan mataku. Oh awan, sekali lagi aku disedarkan. Ketika hembusan nafas terakhirku nanti, aku juga akan berlalu pergi sepertimu dan hilang dari pandangan mereka semua. Linangan air mataku mula membasahi pipi. Apakah masih ada hari esok untukku? Wahai Raqib, apakah amal kebaikanku sudah cukup membantuku untuk melintas Titian Sirat nanti? Wahai ‘Atid, apakah segala dosaku telah kau padam untuk menyelamatkan aku dari seksa azab api Neraka? Diriku menggigil seketika tatkala membayangkan kehadiran Munkar dan Nakir yang gelap pekat, kilauan mata bak sambaran petir di langit, suaranya umpama guruh yang berdentum di kala awan gelap menyelubungi bumi. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau lancarkanlah perjalananku, Engkau berikanlah kekuatan untukku menempuh semua itu. Pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu ya Allah. Aku lemah, aku jahil tanpa pimpinan dariMu. Aku sedar, hambaMu yang hina ini tidak layak untuk melangkah masuk ke syurgaMu, tetapi aku juga tidak sanggup untuk menghadapi api nerakaMu ya Allah.

Aku menjadi takut dan mataku yang masih berlinangan dengan air-air dosa tidak mampu untuk dilelapkan kerana aku takut esok pagi aku tidak dapat bangkit semula. Lantas, aku membersihkan diriku dan membentang sejadah, lalu aku bayar hutang-hutang solatku yang telah lama terbiar dan aku bermunajat memohon keredhaan yang Maha Agung.

Aku adalah pemuda akhir zaman.

2012: kembalinya daulah dan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu yang hilang

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

“Tak Melayu hilang di dunia”. Itulah sumpah keramat Laksamana Hang Tuah (bukan nama sebenar) seorang pahlawan Melayu yang terkenal dengan kehandalan ilmu persilatannya dan ketinggiannya mendalami ilmu agama yang dipelajarinya daripada Adiputra (nama sebenar: Tuan Syarif Aulia atau Syeikh Sayid Thana’uddin atau Syeikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani atau Syeikh Sayid Pendita Adiputra atau Syeikh Samman) yang termasuk di antara Wali 7 yang juga adik kepada Syeikh Husein Jamadil Al-Kubra (Maulana Husein) juga guru kepada Raja Sulu Buansa (Ewansa), Sunan Bonang dan Sunan Giri yang juga pernah ditemui oleh Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris. Apakah sebenarnya mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh Laksamana Hang Tuah kepada bangsa Melayu? Apakah ada rahsia dan amanah disebaliknya kepada bangsa Melayu sebagai khalifah di akhir zaman? Laksamana Hang Tuah bukan calang-calang orang atau bukan orang kebiasaan yang mampu melafazkan ungkapan seperti itu. M Nasir pernah berkata, “pandanglah aku, akulah dia”. Maka, lihatlah keperibadian milik gurunya. Sepertimana Tun Dr Mahathir membaca puisinya yang bertajuk “Melayu mudah lupa” dan “Perjuangan belum selesai” dan ketiga-tiga ungkapan ini saling bersangkut-paut.

Secara tersuratnya, bagi saya bangsa Melayu sememangnya tidak akan hilang di dunia kerana penakrifan bangsa Melayu ini sangat luas. Jika mengikut Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) menakrifkan bangsa Melayu ialah mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa harian, mengamalkan adat resam Melayu dan beragama Islam. Keunikan yang ada pada bangsa Melayu ini ialah melalui paras rupa mereka. Tidak seperti bangsa Cina dan India yang mempunyai ‘trademark’nya sendiri. Paras rupa bangsa Melayu adalah bersifat ‘universal’ bak kata Makcik Astro, “macam-macam ada”. Mana tidaknya, ada yang mempunyai paras rupa seperti Jawa, Bugis, Boyan, dan etnik-etnik lain yang ada di bawah struktur bangsa Melayu itu sendiri selain mempunyai rupa paras Pakistan, Iran, Arab, China, India, Siam dan pelbagai lagi negara-negara Asia lain sehinggakan kita tidak tahu untuk mengklasifikasikan genetik dan rupa paras sebenar bangsa Melayu itu jika ditanya oleh orang luar terutamanya pelancong asing. Tidak hairanlah mengapa Malaysia digelarkan sebagai ‘The Truly Asia’.

Berkenaan dengan tajuk asal artikel ini, seperti yang kita sedia maklum Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara Raja Berperlembagaan di mana Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai Ketua Negara. Namun, sebagai sebuah negara yang menjalankan sebuah sistem yang dicipta oleh Yahudi Laknatullah iaitu Demokrasi, peranan dan kuasa sebagai Ketua Negara tidak dapat berjalan secara telus kerana ianya dibelakangi oleh kuasa Perdana Menteri dan kabinet serta mereka yang berkepentingan. Ianya tidak seperti suatu ketika dahulu ketika sebelum zaman penjajahan kuffar ke Tanah Melayu ini di mana Sultan dan Raja mempunyai kuasa mutlak sebagai seorang Ketua Negara dan Ketua Agama (menyebar, menegak dan mempertahankan agama Allah) ke atas negeri atau tanah jajahan naungannya dan sebab itu dengan izin Allah Sutan atau Raja yang terdahulu mempunyai daulahnya. Sekarang? Masihkah ada daulahnya? Barangkali ianya sudah tiada kerana gejala murtad, maksiat, keruntuhan akhlak serta segala agenda musuh-musuh Islam yang cuba ingin memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia pada hari ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang kuasa untuk menghalangnya daripada terus berlaku. Contohnya, pertubuhan Sisters In Islam, kenapa ianya tidak diharamkan? Kadangkala saya berasa pelik dan hairan, kenapa apabila berlaku kekecohan politik sahaja seperti yang pernah terjadi di Perak dan sebelum itu di Terengganu baru Sultan ‘mahu’ masuk campur? Mungkin sahaja perkataan ‘mahu’ itu boleh digantikan dengan perkataan ‘diarah’. Ini menunjukkan tiada ketelusan dalam pentadbiran negara dan kuasa Sultan dan Raja boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Walaupun sedap didengar oleh bangsa Melayu sendiri dengan ungkapan ‘Raja Berperlembagaan’, hakikatnya ia merupakan sebuah sistem Demokrasi yang ditampal dengan cebisan kain kerana Yahudi tahu bahawa bangsa Melayu sangat setia dan taat kepada Sultan dan Rajanya sepertimana setianya Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka. Maka dengan adanya ‘Raja Berperlembagaan’ ini, sistem Demokrasi telah berjaya didirikan di Malaysia oleh musuh-musuh Islam selama lebih 52 tahun. Saya yakin, Tanah Melayu tidak akan diberikan kemerdekaan oleh pihak penjajah kuffar sekiranya Tunku Abdul Rahman berdegil untuk menggunakan sistem Khilafah dalam pemerintahan negara sepertimana kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelumnya. Hari ini, hakikatnya kita masih lagi belum merdeka secara mutlak kerana kita masih dibelenggu dengan sistem tajaan Yahudi Laknatullah dan sudah tentu kemenangan tetap berpihak kepada mereka. Kita tidak nampak mereka tetapi mereka sentiasa memerhatikan gerak-geri kita.

Dahulu, taat setianya bangsa Melayu kepada Sultan dan Rajanya kerana kuasa yang dipegang mereka telah mempertahankan ketuanan agama Islam di Tanah Melayu ini. Hari ini? Bukan maksud saya untuk menggulingkan institusi Sultan dan Raja tetapi pecahkanlah tembok penghalang yang ada. Seperti yang telah berlaku kepada Nik Abdul Aziz yang ingin menegakkan Hukum Hudud di Malaysia, usulnya ditolak begitu sahaja. Sebelum ini saya terfikir juga, kenapa Nik Abdul Aziz tidak melaksanakan Hukum Hudud di negerinya terlebih dahulu sebagai perintis dan contoh kepada negeri-negeri lain. Sekarang baru saya faham, ada tembok besar yang menghalang dan menyekatnya daripada menyempurnakan amanah Allah. Cuba anda fikir, kenapa Sultan dan Raja tidak masuk campur untuk membantunya melaksanakan amanah Allah ini. Bukankah Hukum Hudud itu ciptaan Allah yang wajib dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan sesebuah negara Islam? Bukankah Sultan atau Raja ini berperanan sebagai Ketua Agama? Atau sekadar boneka penyedap mata? Bukankah status negara Islam itu terbatal dengan sendirinya jika Undang-Undang Allah ini tidak dilaksanakan walaupun pemerintahnya seorang Islam dan penduduknya bermajoritikan Islam? Bukankah menolak dan mempertikaikan Undang-Undang Allah ini hukumnya Murtad? Penyelesaiannya, saya sayang Sultan dan Raja kerana baginda seorang Islam, saya sayang Perdana Menteri dan Nik Abdul Aziz kerana mereka seorang Islam tetapi saya benci Yahudi Laknatullah, maka hancurkanlah tembok ciptaannya yang memisahkan kita dengan kuasa mutlak umat Islam iaitu DEMOKRASI! HANCURKAN DEMOKRASI, TEGAKKAN KHILAFAH! Hanya sistem Khilafah sahaja yang diredhai dan diberkati Allah yang juga akan membela untung nasib umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

InsyaAllah, dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa ‘mungkin’ akan berlaku perubahan besar di dalam sistem pemerintahan negara yang menimbulkan sedikit kekecohan dan kembali aman damai pada pilihanraya yang ke 13 pada tahun 2012 nanti. InsyaAllah, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah dilantik sebagai Di-Pertuan Agong ke 13 pada hari Jumaat 13 Disember akan mendapat kuasanya kembali untuk menaungi 13 negeri di bawahnya dan dibantu 5 pahlawan Melayu Islam bersaudara. Persiapkanlah diri kita dengan menyempurnakan 13 rukun solat, 5 kali sehari semalam. 13 adalah tertib, 13 adalah penutup kepada segala rukun-rukun solat yang membezakan umat Islam dan kuffar. Hari ini satu Malaysia, insyaAllah kelak satu Khilafah. Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kiblat, Satu Syahadah, Satu Jihad dan Satu Negara untuk Satu Umat. InsyaAllah, teori R-A-H-M-A-N (barisan Perdana Menteri Malaysia) yang membawa maksud ‘Pengasih’ seperti kasihnya Tuhan kepada bumi Malaysia yang aman ini walaupun sering berlaku beberapa percubaan untuk memporak-perandakan dari dalam dan luar negara, akan dikhatamkan. InsyaAllah, sebuah teori atau barisan pemerintah baru akan terwujud selepas itu, mungkin M-A-H-D-I atau M-A-H-A-D-I yang membawa maksud ketua atau pemimpin dan mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh Waliyullah Laksamana Hang Tuah melalui sumpah keramatnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur setiap perancangan.

“Menggubal undang-undang Allah s.w.t seperti Hudud dan Qisas hukumnya haram. Dalam sistem pemerintahan demokrasi, hukum-hukum yang ditentukan Allah s.w.t tidak diterapkan dan diadili mengikut pemahaman manusia. Dan apa yang terjadi pada masa ini adalah rakyat mengagung-agungkan sistem demokrasi dengan alasan ianya sistem yang adil yang membenarkan rakyat bebas bersuara dan bebas memilih sedangkan dalam agama Islam terdapat batasan dalam sesuatu perkara demi kebaikan umat. Sebuah negara Islam perlu mengamalkan sistem pemerintahan Islam. Bagi negara-negara demokrasi/republik yang mengisytiharkan negara mereka adalah sebuah negara Islam, perkara ini secara automatik terbatal kerana negara tersebut tidak mengamalkan hukum-hukum Allah s.w.t. walaupun jawapan yang diberikan adalah 'Majoriti rakyat di negara ini beragama Islam'. Dan sedarlah wahai umat Islam, sedarlah kalian dengan sistem pemerintahan yang kalian pilih ini”.

Hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Firman Allah:
“Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (Surah Ali Imran: ayat 140)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
"Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur."
(tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)

As-Syahid Hasan Al-Banna pernah mengatakan:
"Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat."

Berkenaan dengan perenggan terakhir artikel yang dipaparkan di atas merupakan ‘andaian’ saya sahaja dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya tidak meminta anda untuk mempercayainya selain mahu anda berfikir. Secara ikhlasnya, saya tertarik dengan angka 13 yang secara kebetulan dipertemukan bersama. Solat 5 waktu sehari semalam adalah sesuatu kewajiban kepada seluruh umat Islam dan merupakan tiang agama. Apa yang menguatkan lagi ‘andaian’ saya ialah jika melihat kepada rukun solat, ia mempunyai 13 perkara di dalamnya di mana rukun yang ke 13 ialah tertib atau penutup atau penyudah kepada segala rukun yang lain yang membezakan umat Islam dan kuffar. Anda tentu faham apa maksud saya bukan? Maksud saya, ‘berkemungkinan’ ada berlakunya pemisahan atau peralihan kuasa di antara sistem kuffar (Demokrasi) kepada sistem Allah (Khilafah) dan ‘berkemungkinan’ akan berlaku dan bermula di Malaysia. Selain itu, penggunaan dinar ‘emas’ juga akan dimulakan kembali (seperti yang pernah dibangkitkan perlaksanaannya oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini bagi menguatkan dan mengukuhkan lagi ekonomi negara-negara Islam) setelah diranapkan sekian lama oleh Yahudi dengan matawang ‘kertas’ yang tiada nilai apabila dibakar. Kebangkitan Islam dan pemerintahan Khilafah bukan sesuatu khayalan atau omong-omong kosong sahaja kerana Nabi Muhammad juga telah menyatakannya melalui sabdanya (seperti yang diselitkan di dalam artikel di atas). Kita sekarang berada di bawah sebuah pemerintahan yang sombong, bukan sahaja di Malaysia malah yang paling nyata ialah Amerika dan Israel (Yahudi). Sesuatu pemerintahan bukanlah bersifat kekal atau dari ‘dulu, kini dan selamanya’ (kita boleh melihat sendiri motto yang taksub dengan kekuasaan - sombong dan bongkak) kerana setiap pemerintahan di atas muka bumi Allah ini juga akan mengalami kejatuhan walaupun ia berada di tempat yang tertinggi (sila rujuk sejarah Islam dan sejarah dunia mengenai pemerintahan dan tamadun sesuatu bangsa dan negara) dan ia juga merupakan permulaan kepada tanda-tanda besar hari Qiamat (tanda pertama yang disepakati) di mana seorang khalifah akan diutus oleh Allah untuk membersihkan bumi ini daripada segala kekotoran, mengemaskini agama Islam dan memberi sinar baru kepada umat Nabi Muhammad. Zahirnya khalifah tersebut ke dunia ini juga adalah untuk membersihkan nama Nabi Muhammad dan keluarga baginda kerana kebanyakan daripada keturunan baginda telah dibunuh oleh musuh-musuh Islam (juga terdiri daripada orang Arab sendiri). Kebanyakan mereka (keturunan dan sahabat-sahabat baginda) yang selamat, telah melarikan diri ke sebelah Timur Jauh iaitu Nusantara (sila rujuk sejarah awal perkembangan dan tamadun Islam di Nusantara bermula dengan sejarah akhir Nabi Ibrahim - keturunan Nabi Ibrahim - agama Nabi Ibrahim - Bani Jawi - tulisan Jawi - ‘masuk Jawi’ - Bani Israel yang beriman - Bani Tamim). Sedikit selingan, janganlah kita mengutuk atau menglaknat Israel kerana ia umpama kita menglaknat Nabi yang menurunkan keturunan Israel itu sendiri dan para Nabi yang berada di dalam lingkungannya. Selain itu juga, di dalamnya ada satu puak yang mendapat petunjuk daripada Allah dan susur galur keturunannya ada di kalangan kita di sini. Berbalik kepada cerita tadi, tidak hairanlah mengapa Yahudi Zionis menempatkan pengkalannya di Pulau Singa yang sekecil itu. Namun umat Islam di Nusantara khususnya di Malaysia masih alpa, lalai dan leka. ‘Berkemungkinan’ juga akan berlakunya gempa bumi yang berturut-turut dan gunung berapi di kawasan Indonesia (yang akan menyelubungi langit dengan asap tebal) sehingga menggerakkan plat-plat bumi yang akhirnya merapatkan kembali muka bumi Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) dan Indonesia (Sumatera) sepertimana suatu ketika dahulu di mana Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) dan Indonesia (Sumatera) hanya disempadani dengan sebatang sungai (kini Selat Melaka). Tidak hairanlah juga mengapa Aceh, Kedah dan Kelantan mendapat gelaran serambi Mekah dan negeri/negara Chermin (cuba lihat peta ketiga-tiga negeri/wilayah ini yang berada di dalam kedudukan yang sejajar dan cuba anda lipatkan Selat Melaka sehingga menjadi sebatang sungai).

Ketahuilah bahawa Imam Mahdi atau Muhammad bin Abdullah atau Syuib bin Salleh hanya merupakan gelarannnya sahaja yang mewakilkan sifat-sifat yang dimiliki oleh pemilik-pemilik nama kepada khalifah tersebut. Semua itu adalah rahsia Allah bagi mengaburi mata musuh-musuh Islam supaya tidak dapat dihidu, dicari dan dibunuh. Imam Mahdi dan pemuda Bani Tamim merupakan 2 individu yang berbeza. Kemunculan Imam Mahdi akan dimulakan terlebuh dahulu oleh pemuda Bani Tamim yang memainkan watak atau peranan sebagai penggerak kebangkitan, penyelaras dan menyediakan tempat atau tapak pentadbiran serta pemerintahan dan barulah kepimpinan Imam Mahdi akan terserlah dan dizahirkan di atas kehendak Allah (diislahkan pada satu malam). Pada mulanya, Imam Mahdi seorang yang pendiam dan tidak petah berbicara. Ingin saya nasihatkan di sini, kita tidak perlulah terlalu taksub untuk mencari siapa dia pemuda Bani Tamim dan siapa dia Imam Mahdi serta bilakah mereka akan muncul kerana barangkali ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menghidupkan watak-watak tersebut (palsu) sedangkan Imam Mahdi sendiri tidak mahu dan tidak tahu dirinya adalah Imam Mahdi yang dijanjikan oleh Allah. Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan dengan segala protokol dan konspirasi Yahudi Zionis, Freemason, Illuminati dan pergerakan-pergerakan sulit lain, mereka (konco-konco dan orang suruhan Al-Masih Ad-Dajjal) juga sedang giat untuk membangunkan ‘New World Order’ iaitu 1 dunia, 1 pemerintahan baru dan 1 ajaran agama baru yang diketuai oleh Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah. Sebenarnya, kita telah pun berada di dalamnya tanpa kita sedari dek kerana keasyikkan duniawi. Jadi, janganlah diri kita ini diumpamakan sebagai orang yang terlalu lapar sehinggakan menerkam apa sahaja makanan di hadapan mata kita tanpa mengira bersih atau kotor, halal atau haram. Begitu juga zahirnya Al-Masih Ad-Dajjal di muka bumi ini. Kita tidak perlulah terlampau taksub mencari siapa dia Al-Masih Ad-Dajjal yang sebenar itu dan bilakah kemunculannya. Hakikatnya, orang yang menyebarkan agama Allah dan orang yang menyebarkan fitnah sedang sama-sama bergerak ketika ini. Pilihlah jalan mana yang anda mahu. Walau apapun yang berlaku selepas ini, bersiap siagalah daripada sekarang dengan ketaqwaan dan aqidah yang kental. Lagipun, kita tidak pasti samada semua itu akan berlaku di dalam hayat kita ataupun tidak kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan kepada anda yang membaca.

5 pahlawan Melayu Islam bersaudara

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Ini bukan kisah hikayat Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi pahlawan 5 bersaudara yang disegani kawan dan digeruni lawan sewaktu era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dengan kehandalannya menguasai ilmu persilatan dan ketinggian ilmu agamanya. Tetapi itu dulu..

Hari ini? Kita juga masih mempunyai 5 pahlawan Melayu Islam bersaudara iaitu Tun Dr Mahathir, DS Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz, DS Najib dan Tun Abdullah. Kita sepatutnya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dikurniakan pahlawan Melayu Islam untuk mengemudi arena politik di Malaysia dan kita masih lagi bebas menjalani amal ibadat di kediaman atau di rumah-rumah Allah dengan khusyuk, tawadhu’, aman dan tenteram. Mereka juga merupakan tunggak atau tunjang kepada berdirinya sebuah empayar bangsa Melayu Islam yang masih kekal sehingga ke hari ini. Dengan kredibiliti seorang pemimpin yang ada ditambah pula dengan laungan suara pembakar semangat, mereka berjaya mengumpulkan ramai pengikut-pengikut yang setia tanpa berbelah bahagi.

Namun, apa yang menyedihkan ialah mereka 5 pahlawan Melayu Islam bersaudara ini tidak sehaluan dan mempunyai perjuangan masing-masing sehingga sebuah negara yang bermajoritikan Melayu terbahagi kepada 5 kelompok besar walhal mempunyai satu pegangan agama. Tidak seperti yang berlaku di negara Arab dan Timur Tengah, mereka berpecah kepada 3 kelompok utama iaitu puak Syiah-Sunni dan Wahabi dan sanggup berbunuhan sesama saudara seagama demi mempertahankan hujah dan pegangan masing-masing. Alhamdulillah, bangsa Melayu Islam di Malaysia masih berfikiran waras meskipun ada berlaku beberapa percakaran, pertelingkahan dan pergaduhan. Kita perlu ingat dan berwaspada bahawa ada pihak yang sedang memerhatikan kita dan kita tidak sedar akan kehadirannya apatahlagi mengenali mereka kerana mereka boleh bertopengkan sesiapa sahaja.

Sistem pemerintahan Demokrasi yang dibangga-banggakan dan semangat kepartian yang telah berjaya disuntik akhirnya mewujudkan perpecahan dan perbalahan yang amat runcing di antara kita. Sistem Demokrasi merupakan ciptaan manusia (Yahudi) yang sangat lemah dan banyak kerosakan daripada kebaikan terutamanya dari segi penyatuan ummah berbanding dengan ciptaan yang Maha Pencipta (sistem Khilafah). Lihatlah diri kita sendiri, betapa sebaik-baiknya ciptaan yang Maha Kuasa sehinggakan para Malaikat diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah yang angkuh. Lalu, di atas keengganan dan kebongkakkannya, Iblis telah dibuang ke dunia dan Iblis telah berjanji kepada Allah untuk mencari seberapa ramai pengikutnya. Nah, sekarang ini kita sedang dibisikkan dengan hasutan Syaitan dan Iblis untuk melakukan permusuhan dan persengketaan.

Hak kebebasan bersuara, itulah demokrasi tetapi hanya pihak majoriti sahaja yang akan menang, pihak minoriti tetap tertindas dan teraniaya walaupun masih mampu untuk bersuara dan merintih. Mana tidaknya, suara minoriti umpama bunyi kicauan burung yang berlagu riang di angkasa raya yang hanya sedap didengar dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Cuba anda bayangkan sekiranya tiba-tiba diusulkan cadangan untuk menghapuskan Mahkamah Syari’ah di Malaysia kerana tiada kepentingan, menetapkan etika pakaian pelajar perempuan di setiap institusi pengajian supaya memakai ‘skirt’ pendek dan tidak boleh bertudung kerana mengaibkan bangsa lain, menghentikan laungan azan di surau dan masjid kerana menyebabkan pencemaran bunyi dan kemudian 2/3 daripada anggota parlimen menyokong usul itu untuk dilaksanakan. Na’uzubillah.

Keunikan yang dimiliki oleh bangsa Melayu ialah bangsa ini hanya akan bangkit berjuang sekiranya agama Islam dicabar. Tetapi, apakah kita mahu bangkit setelah terngadah? Kenapa tidak bermula daripada sekarang? Bagaimana hendak mula? Ya, penyatuan. “Ayuh, mari kita bersatu!” Sungguh senang untuk mengungkapkannya tetapi amat payah untuk melaksanakannya kerana bak kata pepatah Melayu “rambut sama hitam, hati lain-lain” tetapi ia bukanlah sebuah cerekarama fantasi semata-mata. Di sinilah 5 pahlawan Melayu Islam bersaudara ini mesti memainkan peranan tetapi ia bukanlah sebagai langkah permulaan. Permulaan penyatuan itu adalah bermula daripada diri kita sendiri.

Sebelum saya bertanya kepada anda satu soalan, saya ingin memperincikan sedikit mengenai kehandalan dan perjuangan kelima-lima pahlawan Melayu Islam bersaudara ini mengikut perspektif saya iaitu, Tun Dr Mahathir; hebat dalam aspek pemodenan dan pembangunan di Malaysia tetapi gagal membangunkan syiar Islam, bijak dalam mengatur ekonomi, DS Anwar; menegakkan keadilan dan hak sama rata setiap bangsa, juga bijak dalam mengatur ekonomi, Nik Abdul Aziz; menegakkan kedaulatan Islam sebagai teras perjuangan, DS Najib; menitikberatkan perpaduan di antara bangsa dan berusaha menyatukan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia serta sedang diuji pemerintahannya, Tun Abdullah; telah diuji untuk meneraju negara tetapi lemah dan kabur perjuangan dan pendiriannya.

Baiklah, seperti yang saya katakan tadi, saya hendak bertanya kepada anda, jawablah dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Di antara kelima-lima pahlawan Melayu Islam bersaudara ini, anda berpihak di kelompok yang mana (pilih salah satu sahaja)? Hanya jawab di dalam hati. Kemudian, di antara kelima-lima pahlawan Melayu Islam bersaudara ini, siapakah yang paling anda benci dan kenapa? Juga jawab di dalam hati. Soalan terakhir saya, kenapa anda membenci dia? Macam biasa, juga jawab di dalam hati. Jawapan saya ialah sekiranya anda dapat menjawab ketiga-tiga soalan saya tadi selain jawapan “tidak, saya tidak mempunyai jawapannya”, maka anda seorang yang bermasalah dan perpecahan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada anda sendiri.

Mengapa saya kata begitu? Ini kerana anda mempunyai sifat buruk sangka sesama saudara seIslam, anda mempunyai sifat benci sesama saudara seIslam, anda hanya menerima segala perkhabaran berita tanpa disaksikan sendiri oleh mata anda tentang kesalahan yang dilakukan oleh saudara seIslam anda (fitnah) tanpa mencari bukti-bukti sahih dan melakukan solat istikharah. Ingin saya selitkan di sini, adakah sebuah pergerakan yang telah diharamkan suatu masa dahulu disebabkan oleh konspirasi kepentingan politik individu atau sememangnya ianya telah menyimpang? Berbalik kepada topik asal, cuba anda ubah cara pemikiran sempit anda itu dan lakukanlah transformasi pada diri anda serta kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Buat apa kita sibuk mencari dan mengorek setiap kesalahannya dan menghebahkannya. Buat apa kita membazirkan air liur kita mengutuk dan mencacinya hanya kerana dia seorang yang lemah. Buat apa kita mengerahkan tenaga bermati-matian hanya kerana untuk menjatuhkannya. Buat apa kita cemburu dan iri hati dengan kebijaksaan dan kecerdikannya. Buat apa kita menerima dan menyebarkan fitnah yang mengatakan dia seorang pengkhianat. Buat apa kita katakan bahawa semua kenyataannya tidak relevan kerana dia sudah nyanyuk. Buat apa kita menamakannya sebagai maha firaun? Buat apa semua itu? Kalau beginilah cara anda, sampai kiamat pun belum tentu dapat bersatu. Yahudi-zionis sibuk mengatur langkah untuk memulakan Perang Dunia Ketiga untuk menghapuskan umat Islam sehingga bersih dari muka bumi ini, anda pula di sini masih bertelagah sesama saudara seIslam sendiri. Agak-agak andalah, berapa minit masa yang akan diambil oleh Yahudi Zionis untuk menyembelih semua umat Islam termasuk anda di Malaysia ini?

Saya tegur kerana saya sayangkan anda sebagai saudara seIslam saya. Nasihat saya, kembalilah kepada aqidah Islam yang sebenar. Kita sebagai sesama saudara seIslam, apalah salahnya jika kita menadah tangan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka 5 pahlawan Melayu Islam ini dan saudara-saudara kita yang lain. Doakanlah 5 pahlawan Melayu Islam ini dengan doa yang baik-baik. Jika benar ada di antara mereka berlima ini betul-betul pengkhianat, moga-moga dengan doa yang kita panjatkan, Allah akan mengetuk pintu hatinya untuk kembali menyayangi bangsanya dan setia kepada pegangan agama. Jika ada di antara mereka berlima ini yang lemah, semoga dengan doa kita itu, tidak mustahil dia akan tiba-tiba bangkit sebagai pejuang agama yang handal, petah berbicara dan berpendirian tegas suatu hari nanti. Jika ada di antara mereka ini yang sudah tua, semoga dengan doa yang kita pohon itu, akan dipanjangkan lagi umurnya untuk dia menyempurnakan tanggungjawabnya yang masih belum selesai sebagai seorang pemimpin agama.

Tidak perlulah kita mengungkit dan membangkit kembali kisah-kisah lama yang sememangnya kebenaran itu amat pahit untuk diterima. Buang yang keruh dan ambilah yang jernih. Jika orang beri kita manisan, balaslah dengan manisan tetapi jika orang beri kita racun balaslah juga dengan manisan. Semoga orang itu akan hormat dan mengikuti kita dengan kemuliaan yang telah kita pancarkan. Janganlah kita mempunyai sifat dendam dan lekaslah untuk meminta dan menerima maaf kerana segala perselisihan, hati yang tidak senang akan berakhir dengan kemaafan. Apa jua kebaikan yang kita lakukan, pasti akan dapat manfaatnya kembali.

Doakanlah juga supaya mereka 5 pahlawan Melayu Islam bersaudara ini supaya dapat duduk semeja dan berjuang bersama-sama serta berkongsi keistimewaan dan kepakaran masing-masing. Maka, akan sempurnalah untuk membina sebuah empayar yang unggul dan ulung. Lambat atau cepat, Allah sahaja yang menentukannya. Saya yakin dan jamin, sekiranya 5 pahlawan Melayu Islam ini dapat bersatu, Yahudi Zionis di Pulau Singa akan gementar dan menggigil ketakutan serta terpaksa merancang Plan B atau C atau D atau sudah kehabisan idea. Ingin saya seru kepada anda, kembalilah dengan keutuhan pegangan agama Islam. Jadikanlah penyatuan di antara puak Muhajirin dan Ansar yang dilakukan oleh kekasih Allah, Nabi Muhammad sebagai pedoman bersama bagi menyatukan kembali ukhuwah Islamiyyah yang kian retak ini. Jadikanlah agama Islam sebagai wadah perjuangan yang pertama dan utama. Semoga dengan apa yang saya sampaikan ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Penulisan saya ini cumalah ikhtiar kecil untuk menggerakkan hati dan mengubah diri anda, anda sendiri yang dapat mengubahnya.

Intisari utama yang ingin saya sampaikan kepada anda semua ialah kita sebagai sesama saudara seIslam mestilah mendoakan untuk kebaikan kepada sesiapa sahaja saudara-saudara kita tidak kiralah samada dia dari bangsa apa sekalipun, Islam tetap yang pertama dan utama untuk diperjuangkan. Doakanlah supaya kita dapat bersatu menjadi sebuah benteng yang kukuh umpama barisan saf di dalam solat berjemaah, bahu bertemu bahu, kaki bertemu kaki. Pihak musuh bersatu untuk menghancurkan kita walaupun mereka berlainan fahaman dan pergerakan tetapi kita? Allah Maha Mengetahui dalam setiap sesuatu.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (tiada Tuhan selain Engkau)”.

Selasa, November 24, 2009

panggilan Neraka buat si Balqis

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah rintihku kali ini. Tanpa kita sedari, selain daripada masalah penyatuan, sebenarnya banyak lagi masalah pesongan aqidah yang telah dan sedang melanda di Malaysia. Rasa berat juga kepala saya memikirkannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Patutlah sang gunung menolak tawaran Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini dan patutlah juga setiap bayi yang dilahirkan akan menangis. Seandainyalah setiap kelahiran manusia itu dengan keizinan Allah dapat mengikuti rombongan ke Neraka, berkenalan dengan malaikat Malik dan Zabaniah dan melihat dengan mata sendiri azab seksa api Neraka, sudah tentu semua ini tidak akan berlaku. Oh Tuhan, Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Agung.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bermajoritikan masyarakat Islam tetapi sebilangannya hanya Islam di ‘mykad’ sahaja. ‘Mungkin’ hanya tinggal 30% daripadanya sahaja yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Apakah anda termasuk di dalam golongan 30% itu? Seandainya Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk menjemput kembali golongan 30% itu untuk menghadapNya, apakah yang akan terjadi kepada Malaysia? Apakah Malaysia akan ditelan bumi sepertimana yang telah berlaku kepada umat-umat terdahulu? Bersyukurlah kita sebagai umat Nabi Muhammad kekasih Allah, segala balasan ditangguhkan sehingga tibanya hari keadilan yang Maha Kuasa. Wahai golongan 70%, apakah kalian semua rela disumbatkan ke dalam api Neraka yang marak menyala. Mungkin di waktu itu kalian menjerit-jerit, memohon ampun dan tidak mahu dicampakkan ke dalam Neraka tetapi apakandaya, segalanya telah terlambat. Kalian tidak akan diberikan peluang kembali ke dunia lagi untuk beramal ibadat dan bertaubat di atas segala kemungkaran yang telah dilakukan. Hanya yang ada di hadapan mata, cuma azab seksa api Neraka yang menanti yang amat perit dan amat dahsyat. Hari ini, kalian berseronoklah dan bergembiralah sepuas-puasnya, lakukanlah apa sahaja yang kalian mahu, nescaya Neraka sahaja tempat yang layak bagi kalian. Ingatlah, di dunia ini, di hamparan bumi yang terbentang luas ini, bukanlah tempat kita. Kita hanya menyinggah buat seketika sahaja. Di akhirat kelaklah tempat yang kekal abadi. Apakah kalian tidak teringin untuk mencium bau Syurga?

Rintihku kali ini aku utamakan kepada golongan perempuan kerana perempuanlah yang paling ramai akan menghuni Neraka nanti. Bagi golongan lelaki, usah bergembira kerana mungkin anda pun turut ditarik sama oleh golongan perempuan ini menemaninya ke Neraka. Berpesan-pesanlah kepada sesiapa sahaja yang anda kenal terutama sekali ahli keluarga anda sendiri; adik perempuan, kakak dan ibu atau anak dan isteri. Anda bayangkan, jika si anak ditanya oleh Allah nanti, “Kenapa selama di dunia engkau tidak pernah langsung menutup rambut (dan aurat)? Bukankah itu perintahKu?”. Lalu si anak menjawab, “Aku tidak tahu, ibu bapaku tidak pernah memesan apatahlagi mengajarku selama aku dibesarkan oleh mereka”. Lantas, si ibu dan ayah yang pada mulanya terlepas dari seksaan azab api Neraka dan baru sahaja beberapa tapak melangkah masuk dari pintu Syurga, akhirnya dipanggil dan ditarik untuk dibicarakan kerana kegagalan mereka menyempurnakan amanah Allah. Begitulah juga yang akan berlaku kepada setiap ahli keluarga. Marilah kita sama-sama berpesan-pesan dan menegur sesama kita. Semoga kita semua dilindungkan oleh Allah dari terkena bahang api Neraka yang mampu menghanguskan diri walaupun sekadar menjengah di pintu Neraka.

Sebelum ini aku pernah mendengar berita, berpuluh-puluh ribu naskhah bible yang tercetak nama Allah di dalamnya yang dibawa masuk ke Malaysia dari negara jiran telah disita oleh pihak berkuasa. Alhamdulillah.. Semoga saudara-saudaraku tidak terpesong dengan dakyah-dakyah songsang yang dibawa oleh musuh-musuh Islam dari pelbagai penjuru. Berhati-hatilah! Tetapi sayang, sebuah negara bernama Malaysia yang dianugerahkan keamanan dan ketenteraman disalahguna oleh sebilangan besar umat Islam di Malaysia terutamanya bangsaku Melayu. Apakah ada rahsia yang Maha Agung di sebalik keamanan dan ketenteraman ini? Aku lihat di sekelilingku ramai yang tidak bertudung. Si anak kecil yang masih mentah, si remaja yang sedang gilakan keremajaannya, si dewasa yang telah cukup kematangannya dan si ibu yang menanti penutup diari hidupnya. Semuanya seakan biasa sahaja dan tidak mengendahkan langsung perintah Allah ini. Aku seorang peniaga di sebuah pusat membeli-belah di negeri ‘Jauhar’, kadangkala ternampak beberapa buah keluarga yang berjalan di sekitar kedaiku, si ibu memakai tudung tetapi si anak dibiarkan sahaja tidak memakai tudung. Apakah si ibu itu tidak malu melihat anaknya sebegitu? Atau apakah di fikiran mereka menganggap hanya si tua sahaja yang akan menemui ajal? Bila ditegur, mereka menjawab, “Eh, kau dah cukup bagus ke nak nasihat-nasihat orang ni?”. Kadangkala kita alpa dengan arus pemodenan yang dibawa oleh Barat sehingga menjulang tinggi cara hidup mereka. Kita lihat sahaja iklan-iklan di kaca televisyen, betapa kuatnya aktor-aktor ini mempengaruhi umat Islam. Bermula dengan iklan syampu, pewarna rambut dan lain-lain lagi. Begitu sukar untuk melihat seorang aktor atau pelakon yang mengenakan tudung dalam setiap hidangan di kaca-kaca televisyen. Sehinggakan ada yang meniru dek kerana terpesona dengan apa yang diperagakan dan sanggup membazir membelanjakan wang di kedai pendandan rambut serta berbangga dengan mahkotanya yang telah kotor itu. Daripada seorang yang melakukannya, akan turut diikuti oleh yang lain-lainnya. Umpama sebuah rantaian manusia yang akan memasuki Neraka seorang demi seorang.

“Wah, lawala rambut awak. Awak buat kat mana ni?”, “Eh, tengok rambut orang tu, aku pun nak buat macam diala.”, “Sayang, cantik tak rambut ayang ni?”, “Amoi, tolong kalerkan rambut i ni pastu u buatla ikut trend yang paling latest sekali k.”, “Kakak, adik nak rambut adik macam kakak..cantikla..”, dan pelbagai lagi dialog-dialog pemohon asrama tujuh tingkat Neraka Jahannam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa tidak memakai tudung di khalayak bukan muhrim? Dengan ‘selamba’ mereka berkata, “Ala, rileksla bro, awal lagi la. Kitorang nak enjoy-enjoy dulu. Tak kan nak isap rokok, tapi pakai tudung plak kan bro. Lu pikirlah sendiri bro”, “Nantilah... Belum sampai masanya lagi...”, “Belum sampai seru lagila awak..”, “Kalau dah kawen nanti, orang pakaila...”, “Nanti dah tua, boleh pakai pe. Rileks2 sudah...”, “Rimasla pakai tudung ni. Dahla cuaca asyik panas je memanjang.”, “Aduh, gua dah kaler2 rambut, dah setting baek punya, takkan nak pakai tudung plak!”, “Alamak lu ni mat, kakak gua tak kecoh, mak gua pun tak bising, lu ni plak tiba2 nak buat gua bingit apehal?!”, “Ala awak.. kakak dengan mak saya pun tak pakai..”, dan yang lebih celakanya apabila seseorang itu meminta dan menyuruh rakannya membuka tudung, katanya tidak mengikuti perkembangan semasa dan tidak boleh bergaul dengan kumpulannya. Ya Allah, ya Tuhanku... Kau berikanlah sedikit peringatan kepada mereka ini ya Allah.. Dulu, Mulianya bangsa Melayu kerana pegangan agama Islamnya tetapi kini, buruknya agama Islam kerana penganut bangsa Melayunya? Ya, agama Islam nampak buruk kerana penganutnya sendiri yang memburukkannya. Beginikah caranya untuk menyeru bangsa-bangsa lain bertaut hati untuk memeluk agama Islam? Sedangkan kesucian agama Islam telah dikotori dengan najis-najis bangsa Melayu sendiri? Sekiranya mereka berfikiran, “Kalau hendak mengenali agama Islam, lihatlah bangsa Melayu.” Sudah tentu sampai mati pun hati-hati mereka tidak terbuka untuk mempelajari agama Islam. Kaca mata mereka telah ditipu bulat-bulat oleh bangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Wahai perempuan yang tidak bertudung, sedarkah bahawa kalian telah menipu orang lain? Sedarkah kalian telah memesongkan aqidah agama Islam di mata orang lain? Cuba kalian lihat seorang pelakon berbangsa Cina, Louisa Chong Abdullah seorang saudara baru yang juga tidak memakai tudung. Apakah kalian tidak rasa berdosa kerana perlakuan kalianlah menyebabkan Louisa Chong Abdullah seperti itu. Sedikit sebanyak kalian telah mempengaruhinya! Kalian telah memesongkan aqidahnya! Dialog orang Melayu, “Ala, biasalah tu...” Segeralah bertaubat wahai kalian sebelum terlambat. Lagipun bukan senang hendak ke Neraka, sebelum itu kalian akan menerima azab kubur terlebih dahulu sehinggalah tiba Hari Kebangkitan kelak. Kena belasah dengan kawan-kawan pun mengadu dengan emak, ayah, lapor polis, tetapi apabila di kubur nanti, tinggalah kalian yatim piatu dipukul dipalu setiap saat setiap hari. Kalian menjerit sekuat manapun tidak didengari oleh sesiapa kecuali sang ayam dan makhluk Allah lain yang terpilih. Apakah itu yang kalian inginkan selama ini?

Mungkin kerana kalian masih tidak melihat dan merasai lagi azab seksa api Neraka, sebab itu kalian masih tidak mahu bertaubat. Orang kata, kalau berani, jejakkanlah kaki di Tanah Suci yang berpenjaga itu. Sekiranya kalian tetap tidak mahu bertudung, rasakanlah betapa peritnya apabila di Neraka nanti ketika rambut-rambut kalian akan ditarik oleh bara api yang amat dahsyat kepanasannya. Tidak dapat digambarkan betapa pedihnya yang teramat sangat. Kalian hanya mampu menjerit dan memohon ampun. Namun, tiada gunanya lagi pada masa itu. Amat memedihkan lagi tatkala kalian merasakan kulit kepala kalian bagaikan hendak tercabut kerana rambut kalian ditarik sekuat-kuatnya oleh bara api dan kepanasan api neraka itu menyebabkan otak kalian menjadi panas menggelegak! Sedangkan api di dunia pun sudah memeritkan, inikan pula! Kalian tidak diberikan masa langsung untuk berehat. Hanya yang ada ialah hukum, hukum dan hukum! Kalian akan sentiasa dihukum 24jam setiap hari! Kalian tidak akan mati dan rasakanlah seksaan azab api Neraka yang amat pedih sekali! Kemudian kalian akan berasa lapar, kalian akan dihidangkan dengan buah-buahan yang berduri tajam! Tiada isi pada buah itu, hanya yang ada duri-duri sahaja yang sangat tajam. Kalian terpaksa memakannya juga kerana kalian kelaparan. Apabila kalian menelannya, duri-durinya menikam kerongkong kalian! Bila sampai ke perut, duri-durinya akan menikam-nikam perut kalian! Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula cucukkan duri-duri besar ke kerongkong dan perut kalian! Habis sahaja buah-buahan itu, kalian akan diberi makan dengan bara-bara api pula! Apabila kalian masukkan sahaja bara-bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kalian akan rasa seperti terbakar hangus! Setelah itu, kalian akan diberikan minuman yang dibuat daripada nanah! Baunya cukup busuk tetapi kalian terpaksa minum juga kerana kehausan yang amat sangat. Belum cukup lagi seksaan kalian. Akibat daripada suka mendedahkan buah dada ketika di dunia, buah dada kalian akan diikat dan disepit dengan penyepit yang diperbuat daripada bara api. Kemudiannya buah dada kalian akan ditarik ke sana ke sini sehingga putus, lalu jatuh ke dalam api Neraka. Buah dada kalian rentung terbakar, panasnya bukan main lagi. Kalian menjerit, menangis dan meraung kesakitan. Lalu kalian akan memasukkan tangan kalian ke dalam api itu untuk mendapatkan buah dada kalian balik. Wahai kalian, sedarlah! Bertaubatlah! Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa beratnya, azabnya, panasnya api Neraka. Tiada yang seumpamanya di dunia ini! Di kala itu nanti, tiada siapa yang dapat menolong kalian daripada terus dihukum dan diseksa. Apakah ketika itu baru kalian akan tersedar? Apakah ketika itu baru kalian akan mengatakan, “Ya Allah, sungguh benar kata-kataMu ya Allah”? Ingatlah wahai kalian, ketika itu tiada lagi kesempatan untuk menebus dosa dan tiada lagi nyawa yang akan diberikan!

Sedarlah wahai perempuan-perempuan yang telah bersumpah di atas dua Kalimah Syahadah bahawasanya setiap helaian rambut yang sengaja ditayang-tayangkan kepada bukan muhrim adalah berdosa! Seorang yang melihat sehelai rambut kalian, kalian menerima 1 dosa. Kalau 10 orang yang melihatnya, kalian menerima 10 dosa. Kalau sudah beratus-ratus orang? Beribu-ribu orang? Itu baru sehelai! Kalau sudah berhelai-helai?! Itu baru sehari! Kalau sudah berhari-hari?! Cuba kalian kira, betapa banyaknya dosa yang kalian pikul! Itulah yang kalian akan bawa di akhirat kelak. Bertaubatlah segera! Jangan tangguh-tangguh! Jangan nanti-nanti! Mati boleh datang bila-bila masa sahaja daripada sekarang!

Ayuh, sedarkanlah diri sekarang. Berpesan-pesanlah sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara anda. Seorang anak tidak salah menegur seorang ibu. Itu tidak dikatakan sebagai anak derhaka kerana kita menegakkan suruhan Allah. Jika mereka masih lagi ingkar dan ego, anda berdoalah kepada Allah semoga dibukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dan berubah. Jika anda tidak mampu berdakwah dengan lidah atau pena, berdakwalah melalui perwatakan dan pembawakan diri, itulah yang paling senang. Pamerkan diri dan tonjolkan perilaku diri sebagai seorang Muslim dan Muslimah yang sebenar-benarnya. Biar kita berasa asing walaupun berpijak di bumi sendiri kerana Allah sentiasa bersama kita. Biar kita terseksa sekarang kerana menegakkan agama Allah, daripada diseksa malaikat Zabaniah di Neraka Jahannam nanti! Jangan takut dan jangan gentar! Bayangkanlah Syurga idaman. Allah Maha Mengetahui dalam setiap sesuatu dan Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar.

alamak, pakcik tu melatah daa...

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Kelakar juga apabila melihatkan gelagat sesetengah individu yang terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing. Apa tidaknya, sehinggakan apa yang aku cuba bangkitkan dan suarakan yang bersifat di atas pagar disalah ertikan oleh sesetengah individu pula yang menganggapnya sebagai condong ke arah pihak yang lain. Salahkah aku menyemat keris di pinggangku di siang hari sebagai persediaan untuk ku menentang kebatilan dan salahkah aku menatap keindahan bulan terang di malam hari untuk mengagungkan kebesaran Illahi dan beramal ibadat kepadaNya? Ya Allah, inilah ujianMu di kala aku ingin memperbetulkan situasi bangsaku yang berlatar belakangkan pegangan agamaMu. Aku sangat bersyukur kerana aku tidak dilahirkan di zaman Nazi, Soviet apatahlagi di zaman kegelapan Inggeris. Kalau tidak, sudah tentu kepalaku sudah terpisah dari badanku yang sudah hancur ditembusi oleh peluru-peluru yang mencari di mana jantungku, perutku, ususku, lenganku, pehaku dan betisku. Aku sendiri pun tidak mahu melihat jasadku diperlakukan sedemikian rupa. Oh tanah, aku harapkan kau saja yang boleh mengasihani dan menerimanya di liang lahad nanti. Ke mana rohku hendak pergi? Argh, kalau katamu langkahku salah, benamkan saja rohku sedalam tujuh petala bumi bersama golongan yang ingkar menerima azab kubur yang dahsyat itu tapi kalau katamu langkahku benar maka layangkanlah rohku sejauh tujuh petala langit agarku selesa dan bahagia bersama golongan yang beriman sambil melihat anak cucuku di hamparan bumi sementara menanti hari perbicaraan yang Maha Adil. Hari ini, aku bersyukur kerana rohku masih setia mencintai jasadnya walaupun terpaksa berpisah seketika di kala aku dilamun mimpi. Aku masih mampu untuk bernafas, bersuara dan merintih. Aku masih gagah meneruskan perjalanan di laluan yang berlopak dan berliku-liku ini. Akan ku taburi emas dan permata untuk meratakannya agar mereka di belakangku dapat melalui jalan yang sempurna dan mengutip segala hasilnya. Relaku menongkah arus untuk kembali ke belakang dan memperbaiki asasnya yang kian parah ditebuk oleh tangan-tangan durjana agar mereka yang telah mara ke hadapan tersedar dan dapat mengatur kembali barisan serta tahu hala tujunya. Terima kasih kepada mereka yang telah menyapa ku ketika aku berlalu di sebelahnya melawan arus. Bagi mereka yang telah mencercaku, mencaciku, mengutukku, membuatkan aku berasa asing sekali hidup di sini walaupun berpijak di bumi sendiri. Rintihku telah berjela-jela ku luahkan. Keluh resah ku, agar mereka ini kembali mengenali diri sendiri, lantas tersingkaplah rahsia keagungan Illahi.

Setelah aku memaparkan sebuah lagu warisan (anak kecil main api) untuk digandingkan bersama rintihku yang seterusnya (artikel lalu), aku dihampiri oleh seorang pakcik tua yang tergambar di raut wajahnya seorang yang berilmu, aku hormati dia sebagai orang tua yang mempunyai banyak pengalaman hidup berbanding diriku. Di dalam hatiku berbisik, mungkin dialah orangnya yang patut aku contohi, yang akan memberi pengajaran dan tauladan yang baik untuk aku ikuti. Setelah pakcik itu menghayati lagu warisan bersama artikel yang dipaparkan, lalu pakcik itu pun mula menyapaku. Aku sememangnya menanti-nanti apa yang akan disuarakannya. Dia mula berkata, “Eh, kau ni macam pro merah je ni!”. “Haha..”, bisik hatiku tertawa kerana melihat pakcik itu sudah mula melatah. Orang kata, jika kita terlalu mengharapkan sesuatu, kita akan kecewa di akhirnya. Begitulah yang aku rasa ketika aku menanti sebuah pengharapan baru daripada seorang pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Aku tidak menyangka masih lagi ada terlekat setompok doktrin kotor di hati dan akalnya. Tanggapan aku melalui raut wajah pakcik itu di awal pertemuan telah jauh meleset. Dia bukan Adolf Hitler, dia bukan Benito Musolini dan bukan juga Joseph Stalin tetapi Muhammad di pangkal namanya. Kemudian, tanpa menginginkan perbualan yang meleret, aku pun bertanya, “Kenapa pakcik cakap macam tu.. Bukankah lagu dan rintihan saya tu sebagai pembangkit kesedaran kepada bangsa ‘kita’ yang sedang lalai dan alpa dengan nasibnya di bumi sendiri? Pakcik ni pro hijau ke?”. Pakcik itu membalas, “Ya, kenapa? Walaupun kita sama, belum tentu kita melangkah seiringan.”. “Alamak, pakcik ni..”, bisik hatiku lagi. Oleh kerana aku tidak mahu terus mendengar latahan daripada seorang pendukung doktrin songsang, aku pun mematahkannya dan kataku begini, “Baiklah, ‘kalau’pun saya ni merah dan pakcik pula hijau, cuba pakcik campurkan warna merah dan hijau bersama. Warna apa yang akan pakcik nampak?”. Selang beberapa minit berfikir, pakcik itu menjawab kembali, “Warna hitam. Ada apa dengan warna hitam?”. Lantas, aku pun menjelaskan kepada pakcik tu dengan penuh keyakinan, “Ya, warna hitam. Bukankah warna hitam itu melambangkan panji atau bendera Rasulullah? Bukankah kita sebagai umat Islam mesti bersatu di bawah payung panji Islam itu? Apakah pakcik tidak sedar adanya musuh-musuh Islam yang tidak mahu warna merah dan hijau dicampurkan menjadi satu kerana mereka takut kembali ke zaman kegelapan mereka?”. Beberapa minit kemudian, aku tunggu, punya tunggu, punya tunggu, pakcik tu dah hilang daa.. Alhamdulillah, semoga Allah melembutkan hatinya dan membuang najis doktrin yang melekat di hati dan akalnya, agar dia kembali pada yang Satu. Semoga pakcik itu juga berjaya memimpin ahli keluarganya ke jalan yang lurus.

Akhirnya sempurna sessi dialog di antara aku dengan pakcik tu. Harap-harap pakcik tu tak melatah lagi selepas ni. Secara simboliknya, walau apa pun jua warna yang digabungkan, ia akan menghasilkan sebuah warna yang baru, menunjukkan bahawa setiap pihak mempunyai kelebihan dan idea-idea tertentu dan apabila ianya sama-sama dicantumkan, maka ia akan menghasilkan sebuah lagi kelebihan, kekuatan dan idea-idea yang lebih baik akan tercipta serta dapat memenangkan hati setiap pihak. Kesimpulan dari sessi perbualan tadi, walaupun seseorang itu memiliki raut wajah yang sempurna dan berintelektual, belum tentu hatinya tenang, bersih dan murni. Untuk bersatu, mestilah bermula daripada hati. Gerakkan hati dan aturlah langkah. Jangan tunggu semboyan berbunyi baru nak bersatu. Bak kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri..” dan Wonderpet pula menambah, “Apa yang penting, KERJASAMA”.

oh! dilema Melayu

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Di dalam artikel kali ini, saya ingin menegur secara terbuka berkenaan sikap sesetengah individu yang terlalu mempunyai sikap buruk sangka terhadap saudara seIslam yang lain. Saya rajin juga bersiar-siar di saluran-saluran forum yang tersedia di Tagged dan membaca setiap komen yang diberikan. Ada yang positif, ada yang negatif, ada yang menggunakan pertimbangan akal berbekalkan ilmu pengetahuan yang luas dan ada juga yang hanya mengikut nafsu amarah semata-mata. Nasihat saya begini, jika anda ditanya oleh rakan forum anda mengenai sesuatu perkara yang bercanggah dengan pendirian anda atau boleh membangkitkan perasaan marah anda, tinggalkanlah ia untuk lima minit atau sejam atau sehari (bergantung kepada tahap emosi) untuk anda menstabilkan semula emosi anda agar komen yang akan anda nyatakan nanti tidaklah berlandaskan nafsu dengan niat untuk membalas dendam atau mengaibkan rakan tadi. Berikanlah jawapan atau hujah yang rasional. Untuk mengelakkan anda memberikan komen atau bidasan yang membabi-buta, carilah ilmu dan jangan malas untuk membaca. Sekiranya tidak termampu untuk anda menjawab cadangan atau soalan yang diberikan, bersikap jujurlah kepada diri sendiri dan buang sikap ego untuk menyatakan kelemahan anda itu kerana anda akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Begitu juga jika anda dipuji, elakkan dari diselubungi dengan sifat riak dan takbur. Semoga dengan setiap topik yang diperbahaskan di forum, akan melahirkan satu titik pertemuan di penghujungnya.

Berbalik kepada topik asal tadi, terdapat seorang hamba Allah yang menyatakan dengan lantang yang beliau menolak sekeras-kerasnya jika Malaysia yang tercinta ini dipimpin oleh seorang yang beragama Islam tetapi bukan berbangsa Melayu kerana takut pemimpin tersebut tidak akan berlaku adil dan menyebelahi bangsanya sendiri. Oh, dilema Melayu yang sentiasa hidup dalam keadaan aman, dilimpahi kesenangan dengan kedudukan istimewa yang tidak mampu diganggu-gugat oleh sesiapa. Istimewakah kita di mata Allah? Mulia sangatkah bangsa Melayu ini di sisi Allah? Apakah ada ketuanan kita dinyatakan di akhirat kelak yang akan melepaskan kita dari ditimbang amalan kita dan terlepas dari azab seksa api neraka? Sememangnya umat nabi Muhammad ini akan tetap ke syurga akhirnya tetapi bukan bermaksud kita akan terus melangkah masuk ke syurga (tanpa dinilai amalannya) tanpa menyinggahi pintu-pintu neraka. Begitulah sifat bongkak yang dinyatakan oleh hamba Allah tersebut. Ingatlah, sesiapa sahaja yang diangkat sebagai pemimpin Malaysia itu adalah di atas kehendak Allah dan mereka yang jatuh dari kedudukannya juga di atas kehendak Allah yang mana dibsebaliknya ada tersimpan hikmah-hikmah untuk kita.

Saya, Muhammad Azam seorang Islam, Ridhuan Tee seorang Islam, Farid Ravi seorang Islam, Ann Wan Seng juga seorang Islam. Jangan dipersoalkan keimanan mereka kerana Allah sahaja yang berhak untuk menilainya. Mereka cuma insan biasa yang dikurniakan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Alangkah indah dan perkasanya kita jika mereka bersatu, bermuafakat dan bekerjasama agar setiap ruang kelemahan yang ada dapat dikunci bersama. Bukankah musuh-musuh Islam yang ada di sekeliling kita sentiasa memerhatikan gerak-geri kita dan mencari setiap ruang kelemahan yang ada pada kita. Jika kita tidak bersatu teguh, kita tidak akan dapat memiliki kunci untuk menutup pintu kelemahan kita itu tetapi kita memberikan kunci tersebut secara percuma kepada musuh-musuh Islam yang terlalu menginginkannya. Jangan biarkan musuh-musuh Islam mendapat kunci berharga tersebut yang lebih tinggi daripada nilai emas untuk menyelinap masuk ke dalam pintu-pintu kelemahan kita yang terbuka ruang untuk menghancurkan kita sebagai umat Islam. Ingatlah, janganlah kita membeza-bezakan mereka mengikut warna kulit dan susur galur bangsanya kerana hanya orang yang tinggi ketaqwaannya sahaja dipandang mulia selain memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah.

Sekiranya seorang pemimpin itu lemah, sombong dan tidak berlaku adil serta menyimpang dari landasan kepimpinan sebagai seorang Islam, berbincanglah dan berikan teguran kepadanya dengan cara yang baik. Tunjukkanlah cara dan tauladan yang baik kepadanya di samping berbekalkan doa kepada Allah dengan diri dan hati yang bersih. Mengutuk, mencaci dan memfitnah bukanlah jalan penyelesaiannya kerana Syaitan dan Iblis tetap bersama perjuangan orang-orang yang bersikap seperti itu. Semoga dengan tauladan dan keberkatan doa yang kita pohon, dapat mengubah pandangan dan hati pemimpin yang sombong dan dangkal itu. Jadilah seperti air yang dapat melembutkan kerak nasi, dapat membentuk batu yang keras dan dapat memadamkan api yang marak. Seorang pemimpin Islam yang paling bagus adalah dia bermula daripada seorang pengembala kambing atau mempunyai sikap dan sifat seperti seorang pengembala kambing sebagaimana Nabi Muhammad, pemimpin ulung kita.

Selusurilah kepimpinan junjungan kita yang digelar Muhammad Al-Amin yang sangat hebat itu dan menjadi ikutan insan di dunia ini. Segala wahyu dari Tuhannya telah disampaikan kepada insan-insan di mana Al-Quran suci jadi panduan kepada umatnya. Kita sebagai umat Nabi Muhammad kekasih Allah sangat beruntung jika dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu. Salah satunya ialah setiap orang daripada kita hari ini memiliki mukjizat yang juga dimiliki oleh Nabi Muhammad iaitu Al-Quran yang bersifat an-Nur (cahaya), al-Mubin (penerang), al-Huda (petunjuk) dan ar-Rahmah (kerahmatan). Jadikanlah ia sebagai panduan untuk titik noktah kepada pelbagai pencarian dan perselisihan kita selama ini sebelum Kalamullah yang mempunyai 30 juz, 114 surah dan 6236 ayat ini diangkat kembali ke langit dan janganlah dibiarkan sahaja Al-Quran disimpan di dalam almari atau di atas rak sehingga berhabuk. Bacalah setiap hari walaupun sepotong ayat, semoga ia dapat menolong kita di alam barzakh dan alam akhirat nanti. Kita sendiri pun tidak tahu apa akan berlaku kepada kita lima minit atau sejam kemudian. Mungkinkah ada hari esok untuk kita?

runtuhnya Melayu mendakap Jahiliyyah

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu’alaikum doaku ke atasmu.

Perkataan Jahiliyyah dari segi bahasa berasal daripada kata kerja ‘jahala’ yang bermaksud tidak berilmu. Dari segi tamadun ia merujuk kepada masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Kalau hendak dikatakan mereka jahil dan bodoh, ia kurang tepat kerana mereka telah maju dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, seni bina, ukiran, pembinaan empangan, pertanian dan kesusasteraan. Jadi apa yang dimaksudkan sebagai Jahiliyyah ialah kejahilan mereka dalam bidang agama, akhlak dan ketuhanan. Ini menjadikan mereka tidak beradab. Sikap mereka yang biadab inilah yang dinamakan tidak bertamadun. Justeru, tamadun itu diukur dari aspek nilai rohani dan bukan dari segi fizikal atau jasmani semata-mata.

Bagi memahami maksud dan ciri-ciri jahiliyah dengan lebih jelas, perhatikan ucapan Jaafar bin Abi Talib sebagai ketua rombongan ke Habsyah (Najasyi) yang berhijrah lantaran penyeksaan yang dilakukan oleh orang-orang Musyrikin di Mekah;

“Wahai tuan, kami dahulunya adalah kaum yang jahil, kami menyembah berhala, kami memakan bangkai, kami melakukan perkara-perkara keji dan tercela, kami memutuskan silaturrahim, kami memutuskan hubungan keluarga, kami melupakan jiran tetangga, serta menindas kaum yang lemah, sehingga akhirnya telah datang kepada kami seorang Rasul yang menyeru ke jalan Allah, menyeru kami supaya mentauhidkan Allah, menyuruh kami menunaikan janji, menghubungkan silaturrahim, berbaik-baik kepada jiran, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa, melarang kami melakukan kemungkaran, bercakap bohong, memakan harta anak-anak yatim, serta melarang kami mencemarkan wanita yang bersih dan baik. Apabila kami memeluk Islam, segala yang haram kami jauhi dan yang halal kami laksanakan. Disebabkan itu masyarakat memusuhi kami”.

Hari ini, cuba kita lihat sendiri keadaannya di negara sekular kita ini, Malaysia yang dicintai. Keadaannya terbalik seperti yang dinyatakan di atas. Mereka kaum Quraisy mengalami zaman Jahiliyyah sebelum datangnya agama Islam sebagai pembawa sinar daripada kegelapan tetapi bangsa Melayu di sini yang secara fitrahnya dilahirkan sebagai seorang Islam, semakin hari semakin ramai yang hanyut dan lemas menuju ke zaman Jahiliyyah. Di manakah silapnya? Ibu bapakah? Sekolahkah? Atau diri sendiri? Mari kita selusuri dari manakah puncanya.

Musuh-musuh Islam yang berada di serata dunia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengahancurkan umat Islam. Mereka belajar daripada kesilapan lampau seperti ketika berlakunya beberapa siri Perang Salib dan kegemilangan pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang akhirnya rebah tersungkur ke bumi. Bagi mereka, sungguh sukar untuk melawan umat Islam dengan cara peperangan kerana mereka telah sedar bahawa umat Islam berperang dengan membawa aqidah bersamanya dan untuk mati (semangat Jihad Fisabilillah) berbanding mereka yang berperang kerana untuk meneruskan hidup. Lantas, dengan perbincangan dan kesepakatan yang ada, mereka telah mencapai satu strategi baru yang telah berjaya menewaskan umat Islam keseluruhannya terutama di Malaysia sehingga ke hari ini. Strategi mereka ialah memisahkan umat Islam daripada pegangan aqidahnya secara perlahan-lahan dengan cara memasukkan budaya-budaya kuffar ke dalam kehidupan umat Islam tanpa memusnahkan identiti Islam itu sendiri. Sungguh licik mereka berperang. Umpama pepatah Melayu ada mengatakan, ‘kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

Si muda dengan mat rempit, dadah, alkohol, tatu, bohsia dan bohjan, hidu gam, ragut/rompak/curi, rogol, seks (normal, gay, lesbian, incest), lucah, hiburan, kekayaan duniawi (duit), sukan, pertandingan ratu dan telalu banyak lagi untuk disenaraikan. Bukan itu sahaja, si tua pun sama malah ada pula yang memberi contoh dan mengajar anaknya melampiaskan nafsu dan kemarahan, berburuk sangka, saling membenci dan bercakaran dek kerana dicengkam fahaman politik yang berbeza. Sungguh hebat sekali bangsaku Melayu yang sentiasa menduduki carta teratas keruntuhan moral di Malaysia ini. Sehinggakan kanak-kanak seusia 13 tahun pun sudah mengenali kenikmatan seks melalui layaran internet dan kemudian meluahkannya pula di portal sembang maya (chat), mencari rakan untuk dipersembangkan bagi mendapatkan keseronokan bersama. Bermula daripada seorang, ia akan menular kepada individu-individu yang lainnya.

‘Play more, learn more’ itulah mesej yang disampaikan oleh Milo sebagai sebuah produk buatan Yahudi Laknatullah untuk mempengaruhi umat Islam sejak dari kanak-kanak lagi. Mengapa tidak diajarkan anak-anak ini untuk mengenali dan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa? Adakah ibu bapa sudah buta akan ‘alif-ba-ta’ untuk mengajarkan anak-anaknya Iqra’, Muqaddam dan al-Quran? Adakah ibu bapa sudah tidak mempunyai masa untuk menyampaikan ilmu-ilmu agama hanya kerana mengejar kemewahan duniawi, syurga Al-Masih Ad-Dajjal? Anak-anak itu adalah amanah Allah untuk dididik dan pelihara dengan baik. Bukan disia-siakan begitu sahaja (pecah amanah Allah).

Bangsa Arab menjadi unggul di zaman Nabi Muhammad SAW, zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, zaman Ummaiyyah, zaman Fatimiyyah. Bangsa Parsi menjadi ulung di zaman Abbasiyyah. Bangsa Turki menjadi masyhur di zaman Uthmaniyyah. Bangsa Tartar menjadi gemilang di zaman Mughal di India. Bangsa Melayu di Malaysia? Terus bergelumang dengan kejahilan yang dibawa oleh arus pemodenan Barat yang terselit manifesto pihak musuh. Apakah ini akibat daripada tamadun bangsa Melayu yang pernah gemilang suatu masa dahulu yang akhirnya berjaya digelapkan oleh musuh-musuh Islam? Jangan dipisahkan antara bangsa Melayu dengan agama Islam. Bangsa Melayu adalah jatidiri, agama Islam adalah pegangan. Tanpa jatidiri, umpama sebatang pokok yang ‘hidup segan, mati tak mahu’, dan tanpa pegangan erat akarnya, sebatang pokok itu tidak mampu untuk berdiri tegap dan longlai ditiup angin serta tidak mampu menyara dirinya untuk meneruskan hidup apatahlagi membuahkan hasil (daun, bunga dan buah) yang menjadi nikmat kepada penghuni alam yang lainnya. Jadilah sebatang pokok yang sempurna, agar dipandang mulia oleh setiap orang yang melihatnya. Mulianya bangsa Melayu adalah kerana pegangan agama Islamnya.

Bangkitlah wahai bangsaku. Apakah kalian sudah lupa kita sedang berada di permulaan kepada pengakhiran? Maksud saya, kita sedang berada di ambang kemunculan tanda-tanda besar Qiamat sesudah berakhirnya tanda-tanda kecil Qiamat dunia. Kita telah digegarkan dengan beberapa gempa bumi yang berlaku berturut-turut di Indonesia. Apakah maksudnya? Apakah iktibarnya? Tidak terkesankah di hati kita apabila melihat penderitaan umat Islam di Palestin yang diseksa setiap hari dan rancangan Yahudi untuk merobohkan Masjidil Aqsa yang sedang giat dijalankan (jangan dikelirukan oleh Yahudi, kubah kuning emas yang sentiasa anda lihat bukanlah Masjidil Aqsa yang sebenar tetapi ia adalah Kubah As-Sakhrah ataupun ‘Dome of the Rock’ yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Wajah Masjidil Aqsa yang sebenar ialah berkubah hitam). Kita di sini? Tersedar hanya seketika sahaja tetapi kemudian masih lagi menerapkan budaya Jahiliyyah dalam kehidupan seharian. Berjihadlah dengan memperbetulkan diri sendiri dahulu.

Saya tidak pandai berkata-kata untuk menyeru kalian ke jalan Allah, saya hanya pandai menulis dan merintih, itulah perjuanganku. Semoga anda mendapat manfaat dengan apa yang ditulis.

Ahad, November 15, 2009

perjuangan yang sia-sia

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Ganyang Malaysia! Itulah yang sentiasa disuarakan oleh segelintir rakyat Indonesia di sana yang fanatik dan radikal! Bukan tidak ada otak tetapi tidak mahu berfikir di luar kotak. Bukan sahaja lelaki, malah golongan wanita juga melontarkan suara yang sama. Lihat sahaja ketika pasukan Tentera Udara Di-Raja Malaysia ingin menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, bukan sahaja pasukan tentera kita menerima lemparan makian, malah balingan batu juga terpaksa diterima. Tetapi pasukan tentera kita yang profesional dan ikhlas membantu tidak mudah melatah dengan perbuatan mereka kerana pasukan tentera kita telah sedia maklum, siapa punya angkara di sebalik apa yang berlaku semua ini.

Sedarlah wahai rakyat Indonesia, sebenarnya kalian telah termasuk jerat yang dipasang oleh musuh-musuh kita! Kalian telah dipergunakan sebagai kambing hitam mereka! Bagi saya, rakyat Indonesia mempunyai semangat patriotik yang mesti dicontohi oleh sekalian rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mereka berdiri di atas asas perjuangan yang salah! Mereka termakan dengan hasutan-hasutan yang dikeluarkan oleh media massa yang rata-ratanya bukan dimiliki oleh negara mereka sendiri tetapi negara luar seperti Raja Rimba yang bijak menguasai perniagaan dan ekonomi! Raja Rimba bukan sahaja mempunyai aset di Indonesia, malah di Malaysia sendiri dengan pembelian saham-saham utama kerajaan dan swasta yang diterajui oleh Temasek Holdings (salah satu) yang merupakan milik proksi Yahudi-Zionis di negara Raja Rimba itu (satu-satunya pengkalan Yahudi-Zionis di Asia Tenggara).

Musuh kita ini telah membuktikan bahawa dengan menguasai ekonomi sesebuah negara, mereka dapat menghalakan negara tersebut mengikut telunjuk mereka sendiri. Inilah yang sedang berlaku di Indonesia. Kenapa ketika Raja Rimba mencuri pasir di Indonesia, rakyatnya tidak bangkit membantah? Wahai rakyat Indonesia, kami rakyat Malaysia tidak mahu berperang dengan anda kerana kami tahu siapa sebenarnya yang telah buat onar di belakang anda. Sedarlah, kita adalah Nusantara yang pernah gemilang di bawah satu payung suatu ketika dahulu tetapi telah dipecah-pecahkan oleh musuh-musuh kita melalui strategi 'pecah dan perintah'.

Celikkanlah matamu seluas-luasnyanya, di dunia ini, di kawasan mana lagikah yang masih belum berlaku perang saudara? Selain di Nusantara yang dicemburui oleh musuh-musuh kerana keamanannya? Adalah sesuatu yang bodoh dan merugikan sekiranya kedua-dua saudara Islam mengangkat senjata dan berperang sesama sendiri. Yang untung siapa? Sudah tentulah mereka yang berjaya mencatur dan mengatur langkah. Kita sepatutnya berfikir secara waras sebelum menerima segala fitnah dan dombaan musuh. Muliakanlah Islam kerana Islam sahajalah yang dapat membentuk identiti, sahsiah peribadi dan perjuangan kita.

boikot produk Yahudi: boleh ke?

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Boikot produk Yahudi? Marilah kita berkongsi bersama pandangan saya ini. Persoalan saya di sini ialah, adakah kita sudah bersedia untuk memboikot semua produk Yahudi? Jika tidak silap saya, terdapat 75% produk di pasaran Malaysia ini adalah daripada buatan Yahudi dan ia merangkumi pelbagai keperluan semasa. Jika dibandingkan dengan produk buatan Malaysia, masih belum cukup lagi untuk menampung segala keperluan masyarakat. Jadi, kita sememangnya sebagai pengguna tidak boleh lari dari terus menyumbangkan dana kepada Yahudi-Zionis dan rangkaian pergerakan sulit lain. Namun, kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih dan membeli. Selagi ada produk alternatif, selagi itu kita boleh mengelak daripada terus membeli produk-produk Yahudi ini. Apa yang penting ialah pengetahuan kita berkenaan segala macam produk yang berada di pasaran Malaysia ini supaya kita boleh membezakannya.

Sebagai langkah pertama, kita boleh memboikot beberapa produk yang remeh seperti minuman dan makanan segera seperti Pepsi, Coke, Kfc, Pizza Hut, McD, Starbucks, mee Maggie dan pelbagai lagi (terlalu banyak untuk disenaraikan). Oh ya, bercerita tentang air Coke, kita sebagai umat Islam mesti meninggalkan air tersebut kerana pertama; orang Yahudi di sana sendiri tidak meminumnya kerana tahu akan akibatnya sebagai racun senyap, dan kedua; air Coke dijadikan oleh sebilangan masyarakat di negara Barat sebagai bahan pencuci atau sabun untuk mencuci tandas, lantai, barangan yang berkarat dan pelbagai lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Ini menunjukkan kita bahawa air Coke tersebut bersifat asid iaitu sebagai bahan peluntur. Anda tidak percaya? Cubalah.

Selain itu, bagi yang menghisap rokok, anda terpaksalah berhenti merokok kerana rokok merupakan produk terlaris di dunia yang banyak menyumbang kepada perolehan dana Yahudi-Zionis dan yang seangkatan dengannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk anda membuang tabiat tersebut tetapi janganlah tunggu sehingga bulan Ramadhan tiba baru hendak berhenti. Berniatlah dari sekarang. Bagi anda yang mempunyai kenderaan, katakan tidak untuk mengisi minyak di Esso-Mobil, Shell dan BP. Isilah di Petronas, wang rakyat untuk rakyat dan dalam masa yang sama anda dapat menaikkan lagi taraf hidup 'orang kita' yang mengusahakan perniagaan tersebut.

Untuk pengetahuan anda sebagai pengguna internet, platform internet juga dicipta oleh Yahudi. Tetapi kita janganlah pasif untuk menolak sebarang teknologi. Sememangnya kita sebenarnya sedang dikawal oleh teknologi-teknologi mereka sendiri. Gunakanlah teknologi yang ada sebaik mungkin kerana teknologi ciptaan manusia tidak setanding ciptaan Allah kerana ia boleh jadi perosak jika disalahguna. Gunakanlah teknologi ciptaan Yahudi ini untuk ke jalan Allah dan bukan menjahanamkan diri sendiri mahupun orang lain. Mungkin langkah kita kecil, kerana produk Yahudi ini ada di serata dunia. Tetapi dengan langkah sekecil inilah, mudah-mudahan dapat memberi impak buat mereka.

Sebagai contoh situasi langkah kecil yang diambil oleh negara ialah mewujudkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Dengan adanya PTP, ia dapat menarik pelbagai pelabur besar dunia yang sebelum ini memilih Singapura sebagai destinasi pelaburan, akhirnya mereka beralih arah dan memilih Malaysia (PTP) sebagai tempat yang paling strategik. Walaupun tindakan itu kecil, namun hakikatnya ia dapat menggoyahkan sedikit ekonomi Singapura dan target kita ialah sistem pertahanan mereka. Titah Sultan Johor untuk membina Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak kesampaian. Dengan adanya Jambatan Bengkok, anda akan dapat melihat pelbagai kapal-kapal besar akan melalui Selat Tebrau. Sungguh indah pemandangannya di kala petang menjelma sambil menyaksikan panorama matahari terbenam di ufuk Barat Nusantara. Objektifnya ialah sama seperti tadi selain ia dapat melambatkan kemaraan tentera Singapura dari memasuki Johor jika berlaku peperangan. Perjanjian air? Sudah tiada makna lagi ketika itu. Cuma yang ada ialah, 'satu peluru, satu musuh'.

Tetapi, kita tidak akan mengkhianati saudara seagama kita di sana. Kita tidak akan menzalimi mereka saudara kita kerana kita sudah punyai target. Peraturan perang yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad tetap kita patuhi. Kekuatan tentera kita bukan pada senjatanya, tetapi pada ketauhidannya. 'Senjata di tangan kanan, Al-Quran di tangan kiri'. Namun, Presiden Singapura lebih cepat menghidu niat Sultan Johor dan lantas mencantas impian baginda Sultan. Menyentuh berkenaan sistem pertahanan kita, anda mesti yakin dengan kemampuan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (diselia sepenuhnya oleh Sultan Johor dengan bimbingan keagamaan terus daripada Mufti Negeri Johor). Sememangnya aset persenjataan kita jauh lebih rendah teknologi dan kuantitinya jika dibandingkan dengan aset ketenteraan yang dimiliki oleh tentera Singapura. Tetapi percayakah anda jika saya katakan, kita hanya perlu 40 orang sahaja untuk menewaskan mereka? Insyaallah, jika ada 40 orang yang tetap dan kuat ketaqwaannya, tidak melakukan zina dan maksiat, sentiasa berpegang kepada Allah dan Nabi Muhammad, mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, kita mampu menewaskan mereka dengan berkat doa 40 orang ini.

Doa ialah senjata yang paling ampuh di dunia ini. Tidak hairanlah, kenapa Yahudi-Zionis memperkenalkan nafsu mengaut kekayaan dunia, hiburan, seks dan alkohol kepada umat Islam kerana Yahudi percaya sekiranya hati umat Islam sudah kotor dan gelap, sebanyak mana pun doa yang dipohon, agak sukar untuk Allah memakbulkannya. Yahudi sememangnya percaya akan adanya Allah sebagai Penguasa Alam Semesta tetapi mereka tidak mengimaninya. Seperti yang telah saya rencanakan sebelum ini, jika doa anda susah untuk termakbul atau anda melahirkan seorang anak yang degil dan ingkar, lihatlah diri anda di cermin dan muhasabah diri. Cuba fikirkan, dari mana hasilnya duit anda (haram atau halal) dan makanan apa yang anda makan (bersih atau kotor). Sebab itulah juga, walaupun gaji tentera kita sangat kecil tetapi mereka tetap bersyukur dengan apa yang ada. Itulah peribadi Nabi Muhammad yang diikuti oleh mereka dan hasilnya mereka bahagia.

Sebagai penutup kepada pandangan terhadap boikot kepada produk Yahudi tadi, mungkin Allah juga tidak meredhai dan memberkati produk yahudi yang kita beli, pakai dan apatah lagi memakannya. Dan mungkin sekali ia memberi jawapan kepada persoalan kenapa umat Islam di seluruh dunia tewas ketika bertempur dengan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Wallahu'alam.

Padang: bila waktu telah berakhir

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Tentu ada di antara kalian yang menonton rancangan Majalah3 siaran tv3 edisi Sabtu 10 Oktober 2009 tadi yang memaparkan tragedi gempa bumi di Padang? Ya Allah, ya Tuhanku.. Betapa dahsyatnya apa yang telah berlaku. Dengan kekuasaan Allah, hanya beberapa minit sahaja gegaran, ratusan nyawa telah terkorban. Bangunan-bangunan di pekan musnah runtuh, kampung pula umpama ditelan bumi. Sangat memilukan dan menyayat hati apabila melihatkan mayat-mayat diangkat dari timbunan bongkah-bongkah batu dan tersentak di hati saya apabila menyaksikan mayat kanak-kanak yang baru mengenal dunia lunyai terkulai dan busuk ditimpa bebanan batu dan tanah. Subhanallah.. Allahuakbar..

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Muhasabah dan insafilah diri. Kita hanyalah seorang hamba yang amat kerdil. Setiapkali bencana atau malapetaka berlaku, ia tidak mengenal siapa kita; orang yang beriman atau tidak. Tetapi berbahagialah kepada mereka yang beriman walaupun pemergiannya sangat tragis. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Segala apa yang berlaku adalah di atas kehendaknya. Seperti kanak-kanak yang telah kembali kepada Maha Penciptanya, mereka telah diselamatkan daripada melakukan dosa-dosa di dunia yang fana ini. Itulah di antara hikmahnya. Semoga Allah menempatkan kanak-kanak ini dan mereka-mereka yang telah terkorban bersama di kalangan golongan orang yang beriman.

Mungkin kita di sini tidak dapat meluangkan keringat untuk membantu mereka di sana tetapi lakukanlah sedaya apa yang kita mampu seperti hulurkanlah sumbangan ikhlas dan doa. Semoga kita di sini tidaklah terus alpa dan leka dengan mainan duniawi yang hanya sementara.

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padanya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Nafsu vs Syaitan & Dajjal di depan mata anda!

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Syukran dan terima kasih diucapkan kepada para sahabat yang mengikuti dan memberi maklumbalas berkenaan artikel-artikel daripada saya.

Merujuk kepada artikel 'Nafsu vs Syaitan', itulah yang sedang berlaku ketika ini. Teknologi yang maju digunakan sebagai medium untuk melakukan maksiat dan memuaskan nafsu semata-mata. Nafsu seseorang tidak tertumpu kepada seks sahaja. Ia lebih meluas dengan mengaitkannya dengan hal-hal mencari kenikmatan duniawi.

Seperti di dalam artikel saya yang lepas (Dajjal di depan mata anda!), di kala ini saya mengandaikan komputer dan jaringan internet yang ada di depan mata kita umpama Dajjal bermata satu! Ianya menyediakan syurga dan neraka buat kita. Syurga Dajjal adalah neraka Allah dan neraka Dajjal pula adalah syurga Allah. Tidak ramai di antara kita yang mencari neraka Dajjal ini seperti mencari dan membaca artikel-artikel berbentuk Islamik, hadis, zikrullah dan pelbagai lagi info-info yang berunsurkan keagamaan, yang boleh meningkatkan lagi aqidah tauhid dan keimanan seseorang Muslim dan Muslimah itu. Sayangnya, Muslim dan Muslimah sekarang ini lebih ghairah dengan hidangan-hidangan yang disediakan oleh syurga Dajjal seperti seks dan maksiat, hiburan, fitnah, kekayaan dunia dan sebagainya sehingga lupa akan tanggungjawabya sebagai seorang hamba Allah.

Islam tidak meminta umatnya untuk menolak teknologi selagi ia tidak bertentangan dengan aqidah Islam. Jadi, gunakanlah teknologi yang telah diciptakan untuk kegunaan kita dengan sebaik-baiknya. Teknologi dan tamadun sesuatu kerajaan atau bangsa tidak akan kekal sekiranya membelakangkan Allah. Jadikanlah sejarah-sejarah lama sebagai satu pengajaran buat kita semua. Ia pasti akan berulang kembali jika kita terus alpa dan melakukan perkara-perkara kemungkaran.

Semoga kita tidak terpengaruh dengan segala dakyah kesesatan dan fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Carilah kebenaran kerana di situ ada kesempurnaan.

Dajjal di depan mata anda!

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu.

Apakah anda tidak sedar bahawa anda sedang berhadapan dengan Dajjal si mata satu? Ya, sekarang anda sedang bertentang mata dengan Dajjal yang menyesatkan. Dajjal yang anda anggap sebagai kawan setia anda, sentiasa berada bersama anda. Setiap saat bersama Dajjal, anda berasa sungguh bahagia dan tidak mampu untuk berjauhan dengannya. Anda terus khayal berasmara dengan Dajjal. Tanpa Dajjal, anda merasakan jiwa anda kosong umpama di lorong yang lohong. Hanya dajjal yang mampu memberikan anda kenikmatan dan keceriaan hidup anda. Apa sahaja yang anda mahukan, pinta sahaja kepada Dajjal, Dajjal sedia dan setia membantu anda. Dajjal sangat hebat, segalanya ada di dalamnya. Sehinggakan anda tidak jemu walau berjam-jam berhadapan dengan Dajjal. Anda sanggup tidak makan untuk setia bersama Dajjal kerana anda sentiasa rasa di dalam kekenyangan.

Tidak hairanlah, kanak-kanak samada lelaki atau perempuan juga tahu kenikmatan maksiat. Maksiat yang diajar dan dianjurkan oleh Dajjal. Daripada kanak-kanak itu tidak mengenali seks, kemudian diajarkannya pula cara-cara untuk mendapatkan kepuasan secara sendiri, sehinggalah kanak-kanak itu menginginkan dan menagih seks daripada seseorang serta sanggup menyerahkan daranya. Tetapi bersama siapa? Adik beradik? Ibu ayah? Kawan-kawan? Kenalan baru? Sama jantina atau berlainan? Muda? Tua? Semua boleh. Itulah janji Dajjal kepada kanak-kanak itu. Bagi anda yang mahu menjadi kaya serta inginkan kekayaan duniawi, Dajjal sedia membantu anda. Syaratnya, anda mesti setia bersama Dajjal. Dajjal akan melimpahkan rezeki dan duit yang tidak terkira banyaknya. Itulah janji Dajjal yang memberikan syurga dunia untuk anda. Dajjal sangat sayangkan anda. Anda pun tidak ragu-ragu dan tidak mampu melepaskannya walau sesaat. Itulah kuasa Dajjal.

Dajjal berjaya mempengaruhi anda. Dajjal berjaya memekakkan telinga anda daripada mendengar azan untuk mendirikan solat. Dajjal berjaya membisukan mulut anda daripada menyebut kalimah-kalimah memuji Allah. Dajjal berjaya menutup mata anda daripada melihat ayat-ayat Al-Quran. Dajjal berjaya mengikat kaki anda daripada pergi ke surau, masjid dan majlis-majlis ilmu. Dajjal berjaya mengawal minda, tangan dan jari jemari anda untuk terus meminta dan memohon apa sahaja daripada Dajjal. Dajjal berjaya menguasai akal dan nafsu anda dengan hidangan yang lazat-lazat. Sungguh hebat dajjal ini. Sehingga anda lupa ada lagi yang Maha Hebat daripadanya.

Dajjal bermata satu yang saya maksudkan di sini ialah komputer anda dan jaringan internet. Anda sudah bersolat? Bagi ibu bapa, jangan terlalu memberikan kepercayaan kepada anak-anak anda kerana Dajjal sangat menyukai kanak-kanak yang muda dan mentah untuk menjadi pengikut setianya. Fikir-fikirkanlah wahai kalian.

Sabtu, November 14, 2009

edisi Ramadhan: Nafsu vs Syaitan

Dengan lafaz bismillah pembuka bicara, assalamu'alaikum doaku ke atasmu

Nafsu vs Syaitan. Siapa lagi hebat menguasai diri kita?

Marilah kita bermuhasabah dan tanya kepada diri kita sendiri. Apakah diri kita ini senantiasa digoda oleh Syaitan Laknatullah untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah? Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ditutup segala pintu neraka dan dibukakan pintu syurga sebagai rahmat untuk kita semua. Dengan kedatangan bulan Ramadhan juga kita sebagai umat Islam telah bebas daripada hasutan dan bisikan Syaitan.

Walaupun begitu, ada segelintir daripada kita yang masih lagi melakukan perkara-perkara maksiat dan zina. Kenapa? Semua ini adalah kerana Nafsu yang telah menguasai diri tanpa kewarasan akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah secara istimewa hanya untuk manusia sahaja. Apakah kita ini sama tarafnya seperti binatang? Yang hanya mempunyai nafsu tanpa akal fikiran? Jawapan saya, ya bagi mereka yang gagal menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya, lantas nafsu pula yang menjadi raja yang mengawal segala perbuatan dan percakapan.

Saya seringkali gemar untuk meninjau dan melakukan penyamaran dengan memasuki ruangan sembang maya seperti di yahoo messenger. 99% ruang atau bilik sembang ini dipenuhi oleh Melayu Islam. Yang anehnya, 95% daripadanya tanpa segan silu sebagai seorang Muslim atau Muslimah membicarakan berkenaan seks, maksiat dan zina! Adakah 95% Melayu Islam tersebut adalah binatang yang bertopengkan manusia? Berikut adalah soalan dan jawapan ketika sessi sembang dibuat;

Hamba Allah: hye, minat seks tak?
Saya: eh, awk ni Melayu ke?
Hamba Allah: yupz, sy melayu. awk?
Saya: samala kita. awk Islam ke?
Hamba Allah: ye saya.. awak?
Saya: pun sama...
Hamba Allah: jomla borak seks. boringla.. cam2cam jom.
Saya: ish, kan ramadhan. hormatlah sket. awk tak puasa ke?
Hamba Allah: puasala. ala, kan dah malam..
Saya: tak baik buat maksiat bulan ramadhan ni.
Hamba Allah: ala, awak pernah buat zina jugak kan.
Saya: awak tak takut Allah ke? kan dia nampak apa yg kita buat.
Hamba allah: ala, rileksla... jomla...
Saya: sy seganla nk mengaku awk ni org Melayu Islam. Memalukan!
Hamba allah: (terus senyap)

Saya tidaklah terkejut terjumpa binatang yang bertopengkan Melayu Islam seperti di atas kerana semuanya umpama sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana pun sama. Apakah itu dinamakan seorang Islam? Islam yang sebenar tidak menganjurkan umatnya melakukan maksiat dan zina. Tetapi siapa mereka? Islam yang hanya pada nama sahaja.

Saya sangat merindukan Imam Mahdi yang akan memberikan nur Islam ke seluruh alam. Beringatlah wahai sekalian Melayu Islam, sesebuah tamadun yang maju dan tinggi teknologinya pasti juga akan hancur sekiranya membelakangkan Allah. Sejarah telah membuktikannya. Apakah kita mahu Malaysia juga akan turut hancur? Suburkanlah jiwa kita dengan nilai-nilai Islam sebenar.